aszulqa.com

rendang ayam simple, resepi rendang ayam berkuah sedap dimakan bersama pulut kuning

Rendang ayam sangat sinonim dengan menu masakan Melayu. Tidak Melayulah jika tidak kenal menu rendang. Saban tahun, resepi rendang ayam akan menjadi viral apabila tibanya musim perayaan. Pada hari biasa, rendang ayam berkuah ini sedap dimakan bersama pulut kuning mahupun nasi putih.

Resepi rendang ayam simple ini mudah diikuti oleh sesiapa sahaja yang sedang mencari resipi rendang. Cara memasak rendang yang simple cuma bahan-bahannya sahaja agak banyak. Disebabkan itulah, pada zaman dahulu rendang hanya disajikan pada hari raya dan majlis keraian. Namun pada zaman sekarang rendang mudah didapati di kedai-kedai makan, sudah menjadi lauk biasa tanpa mengira waktu samada sebagai menu sarapan pagi mahupun menu makan tengahari.

bahan-bahan:
*3 inci lengkuas
*3 inci halia
*1 inci kunyit hijau
*3 batang serai
*9 tangkai cili kering (direbus hingga lembut & ditoskan buang bijinya)
*2 biji bawang merah besar
*7 ulas bawang putih
*air secukupnya
bahan yang bertanda * dikisar halus

1 ekor ayam
1 biji kelapa (ambil santannya)
1 batang serai (diketuk)

1 asam keping
1 sb gula
garam secukup rasa
2 sb kerisik
beberapa helai daun kunyit (dihiris halus)
air secukupnya (supaya rendang berkuah)


cara masak rendang ayam berkuah:
1] Panaskan minyak masak
2] Masukkan 1 batang serai yang telah diketuk
3] Masukkan kesemua bahan-bahan kisar dan kacau sebati
4] Masukkan ayam dan gula & kacau sebati
5] Masak hingga ayam mengeluarkan airnya dan sedikit kecut
6] Kemudian masukkan santan
7] Masukkan asam keping, garam & kerisik
8] Kacau sebati dan reneh seketika hingga santan pecah minyak
9] Masukkan air supaya rendang berkuah
10] Reneh sekejap
11] Boleh masukkan hirisan daun kunyit dan kacau rata
12] Tutup api & siap!

Klik sini untuk tutorial cara masak rendang ayam berkuah seperti resepi di atas.

Tips memasak rendang ayam supaya lebih sedap:
1] gunakan santan segar supaya rendang cantik pecah minyaknya
2] tambahkan daun limau purut (lihat video di bawah) untuk menambahkan aroma dan rasa rendang yang lebih sedap
3] tambah air sesudah santan pecah minyak supaya rendang cantik kejadian pecah minyaknya (sukatan air ikut kesukaan anda nak banyak mana kuah)
4] saya kurangkan sukatan kunyit hidup kepada 1″ sahaja supaya warna rendang cantik kemerahan dan sedikit kuning sahaja. Jika guna cili kering banyak supaya warna rendang cantik risau pula rendang pedas dan anak-anak tak boleh makan jadi saya kurangkan sukatan kunyit.

Oh ya! boleh juga lihat video rendang ayam kat bawah ni….ada penambahan 1 bahan iaitu daun limau purut & rendangnya pekat versi kurang berkuah:

Kredit: As Zulqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 + ten =

Scroll To Top