aszulqa.com

popia cheese viral, sedapnya kudapan rangup popia cheese super ring tak cukup sebalang!

Snek dan kudapan mudah pasti menjadi pilihan di waktu santai dan kita perlukan sesuatu untuk dikunyah, selalunya sewaktu menonton TV. Selain jajan yang banyak dijual di pasaran, apa kata cuba buat sendiri snek homemade mudah seperti popia cheese viral! Rasanya seakan-akan super ring sehingga ia juga dikenali sebagai popia super ring.


Kerepek homemade mudah ini hanya menggunakan 3 bahan sahaja dan bahan-bahannya senang didapati di pasaraya.

bahan-bahan:
kulit popia
serbuk cheese
gula aising

cara buat popia cheese super ring:
1] gunting dan pisahkan helai demi helai kulit popia


2] panaskan minyak kemudian goreng kulit popia hingga kekuningan
3] angkat dan toskan


4] campurkan serbuk cheese bersama gula aising
5] kacau rata campuran serbuk cheese bersama popia


6] sedia dimakan atau disimpan ke dalam bekas kedap udara!

Klik sini untuk tutorial cara buat popia cheese viral!


Kredit: As Zulqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + twelve =

Scroll To Top