aszulqa.com

resepi sup ayam macam kedai tomyam

Kedai tomyam sentiasa menjadi pilihan untuk makan malam kerana menu masakan panasnya yang pelbagai. Antara masakan panas yang digemari ramai ialah tomyam dan sup ayam.

Pernah tak kita terfikir kenapa sup ayam yang kita makan kat kedai tomyam lebih sedap daripada yang kita masak di rumah. Tambah sedap dimakan bersama nasi panas, telur dadar dan sayur campur. Menu set nasi begini sentiasa menjadi pilihan seisi keluarga.

Jom kami kongsikan cara masak sup ayam ala kedai tomyam yang pastinya sedap dihirup hingga titisan yang terakhir.

 

bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong kecil)
rempah 4 sekawan
1 biji bawang merah besar (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)

2 inci halia (ditumbuk)
1 peket kecil rempah sup
batang saderi (dipotong)
carrot (dipotong)
1 asam keping
garam
air
cili padi *optional
hirisan daun sup
bawang goreng
limau nipis


cara masak sup ayam:
1] panaskan minyak masak dan masukkan rempah 4 sekawan
2] kemudian tumiskan kesemua bahan tumbuk hingga keperangan
3] masukkan rempah sup dan kacau rata
4] tambahkan sedikit air dan kacau sebati seketika
5] masukkan potongan ayam dan gaul sekata
6] biarkan hingga ayam separuh masak dan kacau sekali sekala
7] masukkan air dan biar hingga mendidih
8] setelah mendidih masukkan asam keping, garam, potongan saderi dan potongan carrot
9] biarkan mereneh seketika kemudian masukkan cili padi jika suka
10] boleh tutup api dan perah limau nipis
11] taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng
12] siap dihidang!

Kredit : As Zulqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 2 =

Scroll To Top