aszulqa.com

kari ikan lebih sedap bila ditambah 1 bahan rahsia ini, tak muak dan hanya guna sedikit santan sahaja

Ada pelbagai cara kari dimasak, tidak kiralah samada kari ikan mahupun kari ayam. Kari ikan lebih sedap bila ditambah satu bahan rahsia ini, tak muak dan hanya menggunakan sedikit santan sahaja.

Antara resepi kari ikan yang popular ialah kari ikan kembung, kari ikan tenggiri, kari ikan bawal dan sebagainya. Kali ini kami akan berkongsi cara masak kari ikan nyok-nyok yang tak muak dan hanya menggunakan sedikit santan sahaja.

Selain sedap dibuat kari, ikan nyok-nyok juga sedap dibuat asam pedas. Teringat kesedapan asam pedas ikan nyok-nyok yang kami pernah makan di Pekan, Pahang beberapa tahun yang lampau. Apabila ditanya pemilik restoran ikan apakah yang mereka guna untuk asam pedas sedap, mereka memberitahu ianya adalah ikan nyok-nyok. Sejak dari itulah kami mengetahui kesedapan ikan nyok-nyok dan menggunakannya di dalam resepi masakan kami.

Jika anda perhatikan bahan-bahan kari ikan di bawah, ada 1 bahan yang jarang orang letak dalam masakan kari iaitu halba campur. Halba campur adalah bahan tambahan penyedap kari ikan.

bahan-bahan:
1 sb halba campur
2 tangkai daun kari
1 biji bawang merah besar (hiris mayang)
3 ulas bawang putih (hiris mayang)
asam jawa (bancuh dengan sedikit air)
air secukupnya
sedikit santan..boleh guna santan kotak atau santan segar (nak bagi rasa berlemak sahaja)
garam
1 ekor ikan nyok-nyok (dipotong)
bendi

bahan kisar:
1 bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
5 sb rempah kari ikan
air


cara masak kari ikan:
1] panasakan minyak
2] masukkan halba campur sekejap je sekadar naik bau (guna api perlahan, takut hangit nanti tak sedap)
3] masukkan daun kari dan kacau rata
4] Tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih hingga layu
5] masukkan bahan kisar
6] bila dah pecah minyak boleh masukkan bancuhan air asam jawa dan air
7] bila mendidih masuk sedikit santan dan garam
8] masukkan potongan ikan
9] apabila ikan sudah masak boleh masukkan bendi & kacau sebati
10] siap!

Tutorial cara masak kari ikan nyok-nyok boleh klik sini untuk lebih faham

Boleh juga lihat cara masak kari ikan di bawah:

Kredit: As Zulqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + 16 =

Scroll To Top