Rendang ayam sangat sinonim dengan menu masakan Melayu. Tidak Melayulah jika tidak kenal menu rendang. Saban tahun, resepi rendang ayam akan menjadi viral apabila tibanya musim perayaan. Pada hari biasa, rendang ayam berkuah ini sedap dimakan bersama pulut kuning mahupun nasi putih.
resipi rendang ayam
RESEPI RENDANG AYAM TRADISI TURUN TEMURUN
Rendang ayam dan orang Melayu memang tak dapat dipisahkan. Meskipun sekarang ini rendang ayam boleh dinikmati bila-bila masa sahaja tanpa mengenal musim, namun selalunya resipi rendang ayam ini selalu di cari-cari bila tiba musim perayaan terutamanya bila tiba hari raya puasa atau Aidilfitri.
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Ada pelbagai resipi rendang ayam seperti rendang ayam minang, rendang ayam hijau, rendang ayam negeri sembilan dan semestinya kalian juga ada resepi rendang ayam daripada ibu kalian sendiri. Resepi rendang ayam yang akan kami kongsikan kali ini adalah rendang ayam tradisi resepi turun temurun keluarga. Read more