Kuih apam adalah antara resepi kuih muih tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Resepi apam susu, resepi apam polkadot, resepi apam lenggang dan resepi apam kampung adalah antara resipi apam yang popular.
Kuih apam homemade sangat sedap dibuat juadah minum petang. Teknik memasaknya juga mudah kerana hanya perlu dikukus. Resepi apam gula merah perkongsianĀ Rosnah Harun ini telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.
bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan gula merah
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
1 paket yis
Cara buat apam gula merah :
1.Masak gula merah dengan 2 cawan air kemudian sejukkan dan tapis
2.Masukkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk
3.Tuang gula merah dan yis
4.Kacau rata dan tutup mangkuk untuk perap selama 1 jamĀ
5.Acuan sapu minyak dan panaskan pengukus hingga mendidih
6.Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit
Kredit: Rosnah Harun