aszulqa.com

resepi sup ayam macam kedai tomyam

Kedai tomyam sentiasa menjadi pilihan untuk makan malam kerana menu masakan panasnya yang pelbagai. Antara masakan panas yang digemari ramai ialah tomyam dan sup ayam.

Read more

AYAM BEREMPAH SAMBAL by As Zulqa @ Resepi Ayam Berempah

Ayam berempah sangat sedap dimakan bersama nasi putih, nasi minyak mahupun nasi lemak. Bila digigit ayam goreng ni, rasanya penuh dengan rempah masakan melayu dan sangat sedap.

Untuk dapatkan ayam goreng berempah yang sedap, bahan perapan perlulah mencukupi dan masa perapan perlulah lama, seeloknya semalaman. Tapi jika masa tidak mencukupi ataupun dah tak sabar nak makan lauk bersama nasi, perap 1 jam ke 2 jam sudah mencukupi. Tips memasak ayam berempah sedap, bahan perapan perlulah banyak supaya banyak serdak boleh dihasilkan.

 

Biasanya kita buat ayam berempah sahaja kan, apa kata kali ni cuba ‘to the next level’ ayam berempah sambal olahan As Zulqa. Dengan rasa yang kaya dengan rempah, pedas dan manis anda wajib cuba sendiri resepi olahan As Zulqa ni untuk tahu kesedapannya. Untuk mengetahui cara masak ibu sambal @ sambal paste sila klik sini 

BAHAN-BAHAN
-1/4 ekor ayam
-1 sb serbuk kunyit
-2 sb serbuk kari
-2 sb tepung beras
-1 sb serbuk cili (dalam video tak letak)
-1-2 tangkai daun kari
-garam

BAHAN KISAR 
-2 biji bawang merah
-2 inci halia
-4 ulas bawang putih
-2 batang serai (boleh lebihkan buat 5 batang serai lebih sedap)
-1 sb jintan manis
-1 sb jintan putih
-1 sb biji ketumbar

 

Ayam Madu: Honey Chicken Recipe

Masih mencari lokasi ayam bakar terdekat untuk dine-in?
Yelah sekarang sudah seminggu lebih tempoh sejak dibenarkan untuk makan di restoran. Jangan risau jika masih tak jumpa lokasi ayam bakar madu terdekat sebab kami sudah sediakan resepi ayam bakar madu simple, resepi mudah masakan ayam yang gerenti sedap dan disukai seisi keluarga. Ini kalau buat ratah saja pun dah cukup sedap ni.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

 

Resepi viral mudah dan sedap ayam madu ini tak perlu perap, cukup sekadar masak separuh masak dah boleh terus transfer ke pemanggang atau oven untuk dibakar. Teknik masak separuh masak ini membolehkan kesemua bahan sos cepat meresap masuk ke dalam ayam dan menjimatkan masa tak perlu perap berejam-jam.

BAHAN-BAHAN Ayam Madu
-1 ekor ayam (potong kecil)
-2 bawang merah (kisar)
-12 ulas bawang putih (kisar)
-2 inci halia (kisar)
-10 sb sos cili
-2 sb kicap pekat manis
-5 sb gula perang
-2 sb madu
-pewarna merah
-lada hitam
-garam

Kalau tak nak susah payah sediakan bahan perapan ayam, beli ajelah sini senang tak sampai RM6 pun offer (waktu terhad).

………………………………………………….
INGREDIENTS Honey bbq Chicken
-1 chicken (cut into pieces)
-2 red onion (blend)
-12 cloves garlic (blend)
-2 inch garlic (blend)
-10 tbsp chili sauce
-2 tbsp sweet soy dauce
-5 tbsp brown sugar
-2 tbsp honey
-red food coloring
-black pepper
-salt

 

 

Scroll To Top