aszulqa.com

cara buat minyak buah pelaga homemade & kemujarabannya!

Pernahkah anda mendengar nama minyak buah pelaga?

Kebiasaannya minyak buah pelaga dijual secara komersial sebagai minyak essential (essential oil) buah pelaga atau dikenali sebagai ‘cardamom oil’. Minyak pati tulen semula jadi buah pelaga ini dipercayai bagus untuk penjagaan rambut, penjagaan badan, penjagaan muka, minyak urut, kosmetik, sabun dan produk lainnya.

Tahukah anda minyak buah pelaga ini boleh dibuat sendiri di rumah?
Minyak buah pelaga homemade ini sesuai dijadikan minyak urut semulajadi yang tiada sebarang campuran bahan merbahaya. Bahan-bahannya mudah didapati di sekeliling kita. Hanya 2 bahan diperlukan iaitu pati santan asli dan buah pelaga.

Jika anda biasa memasak, anda pasti mengenali buah pelaga ini yang tergolong dalam rempah 4 sekawan. Jika dibeli banyak, buah pelaga ini agak mahal kosnya, namun jika kita sekadar membeli sedikit tidaklah terasa sangat mahalnya.

Jika anda menetap di bandar kos pati santan boleh tahan juga harganya. Pati santan bermaksud perahan santan yang tiada sebarang campuran air. Walaupun bahannya cuma 2, namun waktu memasaknya memakan masa yang lama iaitu lebih kurang 2 jam dengan api yang perlahan dan anda perlu rajin mengacau supaya tidak hangit. Proses pembuatannya agak renyah dan lama namun anda pasti berpuas hati dengan hasilnya nanti!

bahan-bahan:
1.5 kg pati santan (RM20)
Buah pelaga 50g (+- RM8-RM10)
*kos tersembunyi = gas untuk memasak 2 jam, masa & kudrat tenaga

Read more

petua hilangkan jeragat tanpa bahan kimia dan petua kulit awet muda

Petua kulit awet muda dan hilangkan jeragat di kulit muka dengan kos murah namun berkesan dan sihat secara alami. Cara hilangkan jeragat secara selamat tanpa bahan kimia dan tanpa kesan sampingan ini adalah perkongsian daripada Miela Zaujah Reza.

Read more

khasiat pokok jarum tujuh bilah (jarum 7 bilah)

Pokok jarum tujuh bilah nampaknya semakin dikenali ramai kerana kemujarabannya meredakan banyak masalah kesihatan. Memakan pucuk ubi daun jarum tujuh bilah dikatakan dapat mengubati penyakit kanser, gout, kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang. Sebelum tu, boleh bantu sis SUBSCRIBE channel YTC kat bawah:

Read more

Scroll To Top