Kuih koleh kacang hijau tahi minyak adalah kuih lama dan kuih muih tradisional Melayu yang sangat sedap dan semakin tidak dikenali oleh generasi Z. Ini kerana kuih koleh kacang hijau semakin susah didapati dan tidak ramai peniaga yang menjualnya sekarang.
Walaupun bahan-bahannya tidak banyak, namun kerumitan membuatnya kerana banyak langkah dan memerlukan masa yang agak lama menyebabkan ia menjadi antara kuih yang agak susah untuk disediakan.
bahan-bahan:
500g pati santan
1 1/2 cawan gula merah
1 1/2 cawan air
1 1/2 cawan tepung kacang hijau
santan kotak (200ml)
4 cawan air
2 sb minyak kelapa
sedikit garam
cara buat kuih koleh kacang hijau tahi minyak step-by-step:
STEP 1: tahi minyak
1] masak pati santan dengan api perlahan sehingga keluar tahi minyak
2] toskan tahi minyak dan ketepikan dahulu, minyak kelapa boleh disimpan
STEP 2: air gula merah
3] masukkan gula merah bersama air dan masak hingga gula larut
4] tapiskan air gula merah dan ketepikan dahulu
STEP 3: tepung koleh kacang hijau
5] masukkan tepung kacang hijau bersama air ke dalam blender
6] blender hingga halus dan kedua-dua bahan sebati bersama (tips supaya kuih koleh kacang hijau kurang berketul apabila dimasak nanti)
7] masukkan ke dalam periuk dan hidupkan api perlahan
8] masukkan santan kotak dan kacau supaya bahan-bahan tadi sebati bersama
9] kemudian masukkan air gula & kacau sebati
10] kacau hingga adunan menjadi pekat dan kental
11] masukkan minyak kelapa supaya nanti kuih koleh kacang cantik berkilat
12] bila adunan dah sebati dan betul-bentul kental bolehlah tuang kedalam loyang
13] sebelum itu, sapukan minyak pada loyang dan lapikkan dengan plastik supaya kuih senang dikeluarkan dari loyang kelak
14] ratakan lapisan atas kuih koleh tahi minyak
15] kemudian taburkan tahi minyak ke atasnya
16] simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam
17] bolehlah dikeluarkan dan potong ikut kesukaan
Tutorial cara buat kuih koleh kacang hijau tahi minyak boleh klik sini untuk lebih faham.
Kredit: As Zulqa