aszulqa.com

rupanya asam pedas ayam lebih sedap berbanding asam pedas ikan, ada penambahan beberapa bahan penambah kesedapannya!

Jika sebelum ini anda hanya biasa makan asam pedas ikan, apakata cuba resepi asam pedas ayam power ni! Asam pedas ayam rupanya lebih sedap berbanding asam pedas ikan dengan penambahan beberapa bahan seperti di bawah:

bahan-bahan:
-1/3 ekor ayam
– segenggam daun kesum
-1 batang serai (diketuk)
-10 helai daun limau purut
-asam jawa + air
-9 batang bendi
-1/2 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
-*1 inci halia (ditumbuk lumat)
-*1 inci kunyit hidupĀ (ditumbuk lumat)

bahan kisar:
-20 tangkai cili kering
-1 -2 biji bawang merah besar
-2 ulas bawang putih

 

cara masak asam pedas ayam:
1.masukkan serai yang telah diketuk
2.masukkan halia & kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat
3.tumiskan kesemua bahan kisar hingga pecah minyak
4.masukkan air asam jawa dan sedikit air
5.kemudian masukkan potongan ayam
6.masak hingga ayam mengeluarkan airnya dan kecut
7.kemudian masukkan daun limau purut, separuh daripada daun kesum, lada hitam tumbuk dan garam
8.tambahkan air secukupnya (kalau nak pekat air jangan banyak sangat, kalau nak cair lebihkan air)
9.bila ayam sudah empuk dan asam pedas sudah cantik pecah minyaknya masukkan daun kesum


 

10.akhir sekali masukkan bendi dan biar beberapa saat sahaja kemudian terus tutup api (supaya bendi tak lembik)
11.sedia dihidang!
*untuk lebih sedap boleh tambahkan bunga kantan dan tomato.


Tutorial cara masak asam pedas ayam simple boleh klik sini.

Boleh juga rujuk resepi asam pedas ayam sedap seperti video bawah ini:

Kredit: As Zulqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + 3 =

Scroll To Top