Biasanya kita masak makaroni goreng sahaja kan. Cuba tambah sedikit bahan lain seperti cheese dan telur hancur, rasanya pasti sangat ‘marbeles’ dan boleh buat makan tambah berpinggan-pinggan. Resepi makaroni goreng cheese & telur ini juga sangat disukai kanak-kanak, sangat sesuai dijadikan menu untuk bekal sekolah anak-anak selain untuk breakfast, minum petang atau dihidangkan untuk tetamu.
BAHAN-BAHAN makaroni goreng
-4 genggam makaroni
-1 biji bawang merah besar (diracik)
-3 ulas bawang putih (diracik)
-segenggam isi ayam (dihiris)
-1 biji telur 4-5 keping cheese
-1/2 batang carrot
-1/2 batang saderi
-4 sudu besar sos cili
-1 sudu besar serbuk kari
Biasanya roti gardenia kita buat breakfast sapu mentega, jem atau kaya. Nak lebih sedap buatlah roti bakar. Tapi kalau hari-hari roti disapu mentega, jem atau kaya pun bosan juga ye.
Roti gardenia ni sebenarnya banyak resepi yang kita boleh olah jadikan ia sebagai menu sarapan pagi mahupun menu minum petang. Bagi yang masih mencari-cari roti gardenia resepi bolehlah klik link ni, ada 6 roti gardenia resepi yang telah diolah oleh As Zulqa.
Resepi ke-6 roti gardenia resepi iaitu roti cheese cendawan ini sangat sedap & rangup bila digoreng. Tak memerlukan masak yang lama untuk menggoreng kerana roti goreng ini senang garing. Roti goreng cendawan cheese boleh disimpan di dalam peti atau difrozenkan untuk tahan lama…jadi bila terasa nak makan just ambil dan goreng…siap sudah tersedia untuk menu breakfast juga sesuai untuk menu minum petang. Anak-anak pasti suka sebab ada cheese tarik nanti. Selalunya resepi viral mudah dan sedap~ roti cheese pasti disukai seisi keluarga.
BAHAN-BAHAN roti cheese cendawan poket sandwich A) Roti keping sandwich B) Bahan inti Cendawan Cheese -7 cendawan shitake (potong dadu) -1/2 batang carrot (potong dadu) -1 genggam daun sup (dihiris) -5 keping cheese cheddar -mozarella cheese -150g daging kisar @ minced beef -1/2 biji bawang holland (potong dadu) -7 ulas bawang putih (potong dadu) -1 susu besar tepung gandum -garam
CARA PENYEDIAAN 1.Mula-mula masak dulu inti cendawan cheese 2.Panaskan minyak dan masak daging kisar 3.Kemudian tumis bawang holland & bawang putih hingga layu 4.Masak cendawan & carrot
5.Masukkan susu segar 6.Masukkan kepingan cheese & kacau sebati 7.Masukkan tepung gandum untuk memekatkan masakan 8.Masukkan garam 9.Masukkan hirisan daun sup & kacau sebati 10.Tutup api & biarkan sejuk 11.Ambil kepingan roti & guna cawan@gelas untuk tekan dan potong bentuk bulat 12.Ambil satu potongan bulat dari roti tadi kemudian letakkan sedikit mozzarella cheese & 1 sudubesar inti cendawan cheese 13.Tutupkan inti tadi dengan potongan bulat roti yang lain 14.Tekan-tekan bahagian bulat tepi roti supaya kemas tertutup 15.Kemudian ambil garfu & tekan bahagian bulat tepi roti supaya ada pattern dan kemas tertutup 16.Dah siap bolehlah digoreng dengan api perlahan (jangan guna api besar nanti cepat hangus rotinya) 17.Sedia dihidang!