aszulqa.com

ROTI GARDENIA RESEPI > Resepi Roti Cheese Cendawan

Biasanya roti gardenia kita buat breakfast sapu mentega, jem atau kaya. Nak lebih sedap buatlah roti bakar. Tapi kalau hari-hari roti disapu mentega, jem atau kaya pun bosan juga ye.

Roti gardenia ni sebenarnya banyak resepi yang kita boleh olah jadikan ia sebagai menu sarapan pagi mahupun menu minum petang. Bagi yang masih mencari-cari roti gardenia resepi bolehlah klik link ni , ada 6 roti gardenia resepi yang telah diolah oleh As Zulqa.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Resepi ke-6 roti gardenia resepi iaitu roti cheese cendawan ini sangat sedap & rangup bila digoreng. Tak memerlukan masak yang lama untuk menggoreng kerana roti goreng ini senang garing. Roti goreng cendawan cheese boleh disimpan di dalam peti atau difrozenkan untuk tahan lama…jadi bila terasa nak makan just ambil dan goreng…siap sudah tersedia untuk menu breakfast juga sesuai untuk menu minum petang. Anak-anak pasti suka sebab ada cheese tarik nanti. Selalunya resepi viral mudah dan sedap~ roti cheese pasti disukai seisi keluarga.

 

BAHAN-BAHAN roti cheese cendawan poket sandwich
A) Roti keping sandwich
B) Bahan inti Cendawan Cheese
-7 cendawan shitake (potong dadu)
-1/2 batang carrot (potong dadu)
-1 genggam daun sup (dihiris)
-5 keping cheese cheddar
-mozarella cheese
-150g daging kisar @ minced beef
-1/2 biji bawang holland (potong dadu)
-7 ulas bawang putih (potong dadu)
-1 susu besar tepung gandum
-garam

 

CARA PENYEDIAAN
1.Mula-mula masak dulu inti cendawan cheese
2.Panaskan minyak dan masak daging kisar
3.Kemudian tumis bawang holland & bawang putih hingga layu
4.Masak cendawan & carrot

 

5.Masukkan susu segar
6.Masukkan kepingan cheese & kacau sebati
7.Masukkan tepung gandum untuk memekatkan masakan
8.Masukkan garam
9.Masukkan hirisan daun sup & kacau sebati
10.Tutup api & biarkan sejuk
11.Ambil kepingan roti & guna cawan@gelas untuk tekan dan potong bentuk bulat
12.Ambil satu potongan bulat dari roti tadi kemudian letakkan sedikit mozzarella cheese & 1 sudubesar inti cendawan cheese
13.Tutupkan inti tadi dengan potongan bulat roti yang lain
14.Tekan-tekan bahagian bulat tepi roti supaya kemas tertutup
15.Kemudian ambil garfu & tekan bahagian bulat tepi roti supaya ada pattern dan kemas tertutup 16.Dah siap bolehlah digoreng dengan api perlahan (jangan guna api besar nanti cepat hangus rotinya)
17.Sedia dihidang!

 

Untuk lebih faham kami sudah sediakan video cara buat roti cheese cendawan ni

Jika suka resepi ni, bolehlah di share di wall korang supaya tak hilang bila nak guna nanti. Selamat mencuba!

1 Bungkus Roti Gardenia Boleh Buat Apa?! Lihat sini ROTI GARDENIA RESEPI

1 bungkus roti gardenia boleh buat apa?
Eh, takkan asyik nak makan roti dengan jem atau kaya aje kan…jemu juga. Sekali-sekala tukar la angin untuk pelbagaikan menu roti gardenia. Jap lagi sis akan kongsikan aneka resepi roti gardenia, yang mana daripada sebungkus roti gardenia classic 400g tu, sis boleh buat 3 menu masakan tau. Nak tahu? klik sini terus

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

Scroll To Top