aszulqa.com

resepi ayam goreng kunyit ala kedai makan tomyam

Hanya kunyit dan garam diperlukan untuk memasak ayam goreng kunyit di rumah. Tetapi apabila makan di kedai makan, ayam goreng kunyit terasa lebih sedap dan menyelerakan. Rupanya bukan hanya 2 bahan itu sahaja digunakan untuk menyedapkan lagi rasa ayam goreng kunyit kedai tomyam. Ikuti resepi ayam goreng kunyit ala kedai makan tomyam seperti di bawah:

Bahan-bahan:
1/3 ekor ayam (dipotong kecil atau dipotong dadu)
garam
2 sb tepung jagung
1 sb serbuk kunyit
1 sb serbuk kari
1 kiub pati ayam
1 biji bawang holland (hiris membulat)
kacang panjang
carrot


Cara memasak ayam goreng kunyit:
1.Lumurkan kesemua bahan-bahan pada ayam yang telah dipotong kecil kecuali bawang & sayur.
2.Perap seketika
3.Panaskan minyak masak (minyak kena banyak) kemudian masukkan potongan ayam & goreng sehingga garing
4.Setelah itu masukkan bawang holland, carrot dan kacang panjang
5.Goreng sekejap je kemudian terus tutup api
6.Angkat dan hidangkan!

Ayam goreng kunyit ini jika dimakan di kedai makan sedap dipadankan bersama apa sahaja jenis sup mahupun tomyam. Jika dibeli di gerai siang hari yang khusus menjual set nasi ayam goreng kunyit, selalunya ayam goreng kunyit akan dipadankan bersama nasi putih, sambal dan kicap. Memang terangkat sedap!



Ambil sahaja resipi ayam goreng kunyit simple di atas, sedap dimakan di rumah bersama telur mata yang disirami kicap. Untuk tutorial cara masak ayam goreng kunyit kedai makan klik sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen + 17 =

Scroll To Top