aszulqa.com

kuey teow sup ala kopitiam

Masakan berkuah seperti sup sentiasa menjadi kesukaan ramai. Jika sebelum ini kita biasa makan sup ayam apa kata cuba buat resepi sup ala-ala kopitam yang ternyata lebih ringkas, mudah dan lain sedikit daripada sup Melayu. Resepi Kuey Teow sup ala-ala kopitiam perkongsian Siti Rahayu Ahmad ini telah mendapat banyak perkongsian di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan:
Kuey teow
Isi ayam
fishball
1 kiub ayam
lada putih @ white pepper

Cara penyediaan sup:
1. Rebus isi ayam hingga mendidih
2. Masukkan fishball
3. Masukkan kiub ayam & white pepper
4. Keluarkan isi ayam dari kuah sup. Sejukkan & carikkan isi ayam.
Sambil tunggu sup masak sila cuci keow teow dan toskan untuk buang lebihan minyak 

Cara buat cili kicap: potong cili & campurkan dgn kicap masin.

Cara buat Garlic Oil: Cincang 1 labu bawang putih. Nak senang pakai chopper. Masukkan minyak dalam kuali kecil, masukkan bawang putih. Hidupkan api, guna api kecil je. Kacau hingga bawang garing & kekuningan kemudian tutup api. Jangan sampai bawang hangus nanti pahit.

Masukkkan kuey teow dalam mangkuk. Susun isi ayam, sendukkan sup beserta fishball Masukkan cili potong & minyak bawang putih ?

Kredit: Siti Rahayu Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × three =

Scroll To Top