aszulqa.com

RESEPI AYAM PADPHEK (Masakan Thai Original) resepi ibu warganegara Thailand

Dalam kepelbagaian resepi masakan Malaysia, tidak kurang juga peminat resepi masakan Thailand di kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya, masakan Thailand mesti ada kombinasi rasa pedas, masam dan manis. Salah satu resepi ayam berasal daripada Thailand ialah ayam padphek.

Ayam padphek (Masakan Thai Original) ini adalah resepi ibu kepada Nur Asyikin seorang warganegara Thailand yang menetap di Malaysia hampir 55 tahun dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

? Bahan kisar:
Kunyit Hidup – 3
Bawang Merah – 4 biji
Bawang Putih – 4 ulas
Serai – 2 Batang
Daun Limau Purut – 4 helai
Lada kering – 1 tangkai
Cili api – 5 tangkai
Halia
Belacan
Asam keping – 1 keping (masukkan masa menumis)
*Daun Limau Purut – 3 helai (untuk di letak kemudian semasa memasak)

?Bahan perap:
Ayam
Kunyit

Selain Ayam bahan2 diatas boleh diolah pelbagai lauk ikan keli, sotong atau udang.

Cara memasak:
1.Goreng ayam sederhana masak kemudian angkat dan asingkan.
2.Panaskan minyak (minyak lebih lagi sedap), kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sampai wangi 
3.Masukkan ayam yang digoreng separuh masak, kemudian masukkan daun limau purut dan tumis sampai daun limau purut layu dan sedia untuk dimakan 

Anak-anak yang tak makan pedas boleh asingkan lauk yang dah masak kemudian letakkan cili api (tumbuk) kemudian.

Kredit: Nur Asyikin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + nineteen =

Scroll To Top