aszulqa.com

Resepi Ayam Bawang Mamak, Sekali Suapan Sedap Tak Terkata!

Resepi ayam bawang mamak, sekali suapan sedap tak terkata! Kesedapannya terbukti apabila anda memasak sendiri ayam bawang mamak ini di rumah untuk tetamu dan kemudian selepas suapan pertama tetamu berkata WOW! Sedap! Bayangkan anda mencuba resepi ayam bawang mamak ini dan mendapat pujian seperti ini daripada tetamu pasti anda merasa gembira tak terkata. Sebenarnya, kami mendapat maklumbalas sebegini daripada beberapa pembaca blog yang telah mencuba resipi ayam masak bawang yang pernah kami kongsikan sebelum ini di sini.

Selain sedap dimakan bersama nasi putih, ayam bawang mamak juga sedap dimakan bersama nasi minyak atau nasi briyani. Dipadankan pula dengan acar timun, memang sedap tak terkata!

 

 

Kali ini kami kongsikan sekali lagi resepi ayam bawang mamak untuk 1 ekor ayam pula:

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam (dipotong)
-rempah 4 sekawan
-daun pandan
-2 inci halia (dikisar)
-3 biji bawang merah (dikisar)
-9 ulas bawang putih (dikisar)
-3-5 biji bawang merah (dihiris mayang)
-serbuk kunyit (lumur pada ayam)
-2 sb garam masala
-3 sb serbuk kari
-1/2 sb serbuk jintan manis
-1/2 sb serbuk jintan putih
-air
-9 sb sos cili
-garam secukup rasa
-sedikit gula

 

Cara masak ayam bawang mamak:


1.Panaskan minyak masak dan goreng ayam yang telah dilumur serbuk kunyit hingga separuh masak sahaja, kemudian ketepikan
2.Gorengkan bawang merah yang telah dihiris mayang hingga kekuningan kemudian ketepikan juga
3.Buangkan sedikit minyak kemudian masukkan rempah 4 sekawan, daun pandan & bahan-bahan kisar dan tumiskan seketika
4.kemudian masukkan serbuk masala, serbuk kari, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih, kacau hingga pecah minyak
5.Boleh masukkan air jika nak berkuah tapi jika mahu rempah bersalut ayam sahaja tidak perlu masuk air
6.Masukkan sos cili & kacau sebati
7.Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak
8.Kacaukan sebati dan perasakan dengan garam dan gula
9.Biarkan ia mereneh seketika
10.Siap!

 

Cubalah sendiri ayam bawang mamak resepi As Zulqa ini dan follow Resepi Viral Mudah dan Sedap untuk lebih banyak lagi resepi menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × three =

Scroll To Top