aszulqa.com

RESEPI AYAM PADPHEK (Masakan Thai Original) resepi ibu warganegara Thailand

Dalam kepelbagaian resepi masakan Malaysia, tidak kurang juga peminat resepi masakan Thailand di kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya, masakan Thailand mesti ada kombinasi rasa pedas, masam dan manis. Salah satu resepi ayam berasal daripada Thailand ialah ayam padphek.

Read more

resipi sup ayam mamak

Masyarakat majmuk memeriahkan kepelbagaian makanan di Malaysia. Antara tempat makan yang sering dikunjungi di Malaysia tidak mengenal kaum ialah kedai mamak ataupun restoran mamak. Kepelbagaian menu mamak merupakan tarikan utama ianya senang dikunjungi oleh semua kaum di Malaysia.

Selain roti canai, kedai mamak juga cukup terkenal dengan menu sup ayam mamak yang power! Sup ayam mamak yang pekat dan kaya dengan rasa rempah agak berbeza dengan sup ayam Melayu. Resepi ayam berkuah tanpa santan ini sedap dihirup begitu sahaja dan dicicah bersama roti ataupun dimakan bersama nasi putih. Jika sebelum ini kita hanya menikmati sup ayam mamak ini di kedai mamak, apa kata kita cuba sendiri masak di rumah resepi sup ayam mamak style yang pekat dan berempah seperti resipi di bawah ini:

bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
4 sekawan
1 peket kecil rempah sup
2 sb rempah kurma
1 sb serbuk kunyit
5-7 biji ubi kentang
1 batang carrot
daun ketumbar
garam
air

Read more

AYAM BAWANG MAMAK, Resepi Ayam Masak Bawang

Biasanya kita makan ayam bawang kat kedai mamak ataupun kedai nasi kandar. Menu ayam masak bawang ni cukup popular di restoran-restoran nasi kandar Pulau Pinang, sebab itulah ianya juga dikenali sebagai ayam masak bawang Penang. Antara ayam bawang yang sering menjadi sebutan ialah ayam bawang pelita dan ayam bawang hameediyah

Aroma bawangnya yang harum dan menyelerakan serta kuahnya yang pekat memang sangat sesuai digandingkan dalam nasi kandar, bayangkan anda memasak sendiri ayam bawang ni di rumah…gandingkan pula nasi briyani ataupun nasi minyak memang marveles sangat! Ini antara lauk resepi viral mudah dan sedap untuk dihidang pada tetamu, mesti tetamu akan teringat-ingat air tangan anda bila balik ke rumah nanti. Kini anda boleh memasak sendiri ayam masak bawang simple menggunakan resepi ayam bawang nasi kandar di bawah ini kat rumah

BAHAN-BAHAN
-Ayam
-2 inci halia (dikisar)
-2-3 biji bawang merah (dikisar)
-5 ulas bawang putih (dikisar)
-3 biji bawang merah (dihiris mayang)
-serbuk kunyit (lumur pada ayam)
-serbuk kari (lumur pada ayam)
-6 sb sos cili
-2 sb garam masala
-2 sb serbuk kari
-garam

Ayam masak bawang mudah ini tidak menggunakan sos tiram dan juga sos tomato, tetapi boleh sahaja jika anda ingin memasukkan sekali kedua-dua sos ini ke dalam ramuan ayam masak bawang ala mamak ini. Kelainan ayam bawang ni terletak pada bawang goreng yang ditabur ke atas ayam berkuah yang telah dimasak, disebabkan itulah ia dinamakan ayam masak bawang.

Resepi KARI JEPUN Halal [Resepi Ayam Berkuah Tanpa Santan]

Resepi ayam berkuah tanpa santan iaitu resepi kari Jepun Halal adalah suatu resepi kari yang menarik untuk dicuba. Sebagai rakyat Malaysia, kita dah biasa dengan masakan kari ayam Melayu mahupun kari mamak @ kari India. Tapi kali ini kami bawakan resepi yang berbeza sedikit bahannya dan juga berlainan cara masakannya.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Selalunya resepi kari Jepun halal ini menggunakan ‘readymade’ kiub kari Jepun ataupun dipanggil kari block (kari roux block). Memang ada dijual di pasaraya Jepun, kat Malaysia mungkin ada tapi kena rajin cari….dipanggil ‘curry roux’. Tapi jangan risau, walaupun tanpa kiub kari Jepun halal…kami akan tunjukkan cara membuat kari roux dari ‘scratch’ yang sama fungsinya seperti seperti kiub kari Jepun halal.

 

Ini adalah contoh kari roux block (kredit to natsu curry)

 

kari jepun halal menggunakan ‘homemade’ kari roux

 

BAHAN KARI ROUX
-3 sb butter @ mentega (50g butter)
-3 sb tepung gandum
-4 sb serbuk kari ayam

BAHAN-BAHAN
-1/2 biji bawang holland (potong dadu kecil)
-3 ulas bawang putih (potong dadu kecil)
-1 inci halia (potong dadu kecil)
-1 batang carrot (potong dadu)
-2 biji kentang (potong dadu)
-2 dada isi dada ayam
-2 pinggan tepung serbaguna

CARA MEMASAK kari jepun
1. sediakan kari roux dahulu
2.panaskan butter dengan api perlahan sahaja
3.bila butter dah cair masukkan tepung gandum & kacau sebati
4.masukkan serbuk kari ayam & kacau sebati kemudian ketepikan seketika kari roux ini
5.mulakan memasak kari jepun dengan menumis bawang merah + bawang putih + halia hingga layu
6.kemudian masukkan potongan carrot & kentang
7.masukkan 2 cawan air bersama 1 kiub pati ayam & biarkan hingga mendidih
8.bila dah mendidih masukkan kari roux & kacau mesra
9.masak hingga kentang & carrot menjadi empuk
10.perasakan dengan secubit gula beserta garam & siap untuk dihidang
11.seterusnya sediakan pula ayam katsu
12.isikan tepung serbaguna dalam 2 pinggan berlainan
13.1 pinggan tepung serbaguna dibancuh dengan sedikit air
14.1 pinggan lagi tepung serbaguna dibiarkan kering
15.salutkan dada ayam dengan tepung yang telah dibancuh air
16.kemudian salut sekali lagi dengan tepung kering
17.gorengkan ayam katsu dalam minyak yang banyak (deep fry)
18.bila ayam dah masak crunchy bolehlah dihidang bersama nasi & tuangkan kari jepun tadi ke atasnya.

 

Untuk cara memasak kari jepun yang lebih jelas boleh lihat video ni

 

 

 

 

Kari Ayam Tanpa Santan & Tanpa Rempah 4 Sekawan [Resepi Ayam Berkuah tanpa Santan]

Kari ayam tanpa santan yang pekat dan sedap, juga tanpa rempah 4 sekawan untuk menu yang lebih sihat. Ini adalah antara resepi ayam berkuah tanpa santan yang sedap, simple & senang disediakan.

? Ikuti update terbaru secara eksklusif:
?Youtube (klik subscribe)
?Instagram (klik follow)

?TikTok (klik follow)
?fb page (klik follow) Read more

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP [Ayam Berkuah Tanpa Santan]

Resepi ayam masak ungkep, ayam berkuah tanpa santan ini dah berbelas tahun saya gunakan & menjadi kegemaran seisi keluarga. Walaupun ada 1001 resepi masakan ayam ungkep yang lain, saya tak pernah cuba kerana ayam ungkep yang ni dah cukup sedap & digemari suami & anak-anak.

Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

Scroll To Top