Resepi ayam berkuah tanpa santan iaitu resepi kari Jepun Halal adalah suatu resepi kari yang menarik untuk dicuba. Sebagai rakyat Malaysia, kita dah biasa dengan masakan kari ayam Melayu mahupun kari mamak @ kari India. Tapi kali ini kami bawakan resepi yang berbeza sedikit bahannya dan juga berlainan cara masakannya.
Selalunya resepi kari Jepun halal ini menggunakan ‘readymade’ kiub kari Jepun ataupun dipanggil kari block (kari roux block). Memang ada dijual di pasaraya Jepun, kat Malaysia mungkin ada tapi kena rajin cari….dipanggil ‘curry roux’. Tapi jangan risau, walaupun tanpa kiub kari Jepun halal…kami akan tunjukkan cara membuat kari roux dari ‘scratch’ yang sama fungsinya seperti seperti kiub kari Jepun halal.
BAHAN KARI ROUX -3 sb butter @ mentega (50g butter) -3 sb tepung gandum -4 sb serbuk kari ayam
CARA MEMASAK kari jepun 1. sediakan kari roux dahulu 2.panaskan butter dengan api perlahan sahaja 3.bila butter dah cair masukkan tepung gandum & kacau sebati 4.masukkan serbuk kari ayam & kacau sebati kemudian ketepikan seketika kari roux ini 5.mulakan memasak kari jepun dengan menumis bawang merah + bawang putih + halia hingga layu 6.kemudian masukkan potongan carrot & kentang 7.masukkan 2 cawan air bersama 1 kiub pati ayam & biarkan hingga mendidih 8.bila dah mendidih masukkan kari roux & kacau mesra 9.masak hingga kentang & carrot menjadi empuk 10.perasakan dengan secubit gula beserta garam & siap untuk dihidang 11.seterusnya sediakan pula ayam katsu 12.isikan tepung serbaguna dalam 2 pinggan berlainan 13.1 pinggan tepung serbaguna dibancuh dengan sedikit air 14.1 pinggan lagi tepung serbaguna dibiarkan kering 15.salutkan dada ayam dengan tepung yang telah dibancuh air 16.kemudian salut sekali lagi dengan tepung kering 17.gorengkan ayam katsu dalam minyak yang banyak (deep fry) 18.bila ayam dah masak crunchy bolehlah dihidang bersama nasi & tuangkan kari jepun tadi ke atasnya.
Untuk cara memasak kari jepun yang lebih jelas boleh lihat video ni