aszulqa.com

resepi pulut kuning rendang ayam

Resepi pulut kuning rendang ayam cara mak saya ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. Kalian pasti teruja untuk mengetahui resepi pulut kuning 3kg ini kerana semestinya ia sangat berguna sebagai rujukan memasak untuk sebarang majlis makan-makan, majlis keraian, majlis hari raya dan pelbagai lagi majlis. Resepi pulut kuning 3kg ini juga boleh dibuat meniaga kerana sukatannya yang banyak.

Bahan-bahan pulut kuning
===================
3kg beras pulut (30box pulut kuning)
4.5kg santan
Serbuk kunyit
4 helai Daun pandan
66g garam kasar
660g gula

Cara-cara memasak pulut kuning
===================

1.cuci bersih beras pulut dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan daun pandan

2.kukus beras pulut selama 30 minit..letak daun pandan untuk aroma wangi..saya alaskan dgn daun pisang

3.Masukkan garam dan gula dalam santan, masak sekejap kemudian masukkan dalam pulut. Kacau pulut sehingga rata dan ketepikan

4.Masukkan pulut dalam kukusan dan kukus kali kedua dalam 10minit

5.nak nampak pulut berkilat cantik letak sedikit minyak masak

Resepi rendang Ayam
================

Bahan-bahan
3 ekor ayam
2 kotak santan kecil
2 peket 500g kerisik (peket sederhana)
3 helai daun kunyit(hiris halus)
3 helai daun limau purut(hiris halus)
2 sb Gula
2 sb garam
4 sekawan
Minyak masak
*1 peket kecik Serbuk Kari
*1 sk Kunyit serbuk
*4 btg serai(hiris)
*6 biji Bawang merah
*2 buku bawang putih
4 sb Cili blend(ikut kepedasan masing2)
*10btg Cili merah(extra pedas_sbb sye suka pedas)
*2 sb Ketumbar
*2 sb Jintan putih
*3 inci Lengkuas
*3 inci Halia

_blend bahan2 yang bertanda *


Cara memasak rendang ayam
=================

1.masukkan minyak masak dan 4 sekawan tumis bahan blend sampai naik bau

2.masukan cili blend dan tumis sampai cili betol2 masak,letak sedikit air masak dan masukan ayam,asam keping dan serbuk perasa

3.akhir sekali masukan kerisik dan santan .. masak dalam 10minit dan taburkan daun kunyit.. siapppp!

Selamat mencuba!

Kredit: empunya resepi (tidak dapat dikenal pasti)

Boleh juga lihat tutorial cara masak pulut kuning untuk makan-makan kat rumah seperti di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 13 =

Scroll To Top