aszulqa.com

mudahnya resepi kek span simple ni…berbaloi dicuba!

Rasa macam nak buat kek, tapi nak buat kek yang simple dan mudah…bolehlah cuba resepi kek span simple tapi tak kalah sedapnya ini. Lebih sedap lagi kek span simple ini berperisa pandan, namun jika tiada perisa pandan di rumah, boleh sahaja dibuat kek span vanila.

Resepi kek simple bakar ini hanya menggunakan beberapa bahan asas kek sahaja. Boleh dijadikan kek asas untuk sebarang kek cantik yang memerlukan salutan krim dan deko kek. 

Resepi kek span pandan ini adalah perkongsian fb Imah Rahman dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan nya :
3 biji telur*
½ cawan gula*
1 sb ovalete*
1 sk esen pandan*
¾ cawan tepung self raising (boleh digantikan dengan tepung gandum + satu sudu teh baking powder diayak bersama)*
¼ cawan santan pekat (santan Kara)*
Sedikit pewarna hijau*
Secubit garam*
3 sb minyak masak

Cara buat kek span:
-Mix semua bahan-bahan bertanda* sehingga putih gebu… matikan mixer, masukkan minyak masak dan gaul sampai rata… tuangkan adunan ke dlm loyang bersaiz 5 inci @ 6 inci yang telah disapu dengan -butter atau dilapik dengan baking paper
-Bakar selama 35 hingga 40 minit dgn suhu 160°c ke 170°c, api atas bawah atau bergantung pada oven masing-masing
Selamat mencuba ?

Kredit Resepi : Imah Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × one =

Scroll To Top