Biskut tart nenas tidak asing lagi sebagai biskut raya popular dan selalunya ada di setiap rumah yang dikunjungi setiap kali tibanya hari raya. Tart nenas yang gebu dan cair di mulut pasti menjadi idaman ramai.
resepi tart nenas
5 Resipi Biskut Raya Popular, Mudah dan Sedap (Resepi Viral Mudah & Sedap)
Bila raya menjelang tiba, maka ramailah yang mencari resepi biskut raya. Walaupun dah biasa buat, kadang-kadang terlupa juga resepi bila buat sekali atau dua kali je setahun biskut raya ni. Jadi kat sini kami kumpulkan 5 resipi biskut raya popular, mudah & sedap yang sentiasa dicari bila tiba musim raya.
5 biskut raya resepi viral mudah dan sedap
1] TART NENAS
2] SEMPERIT SUSU 3 bahan
3] SWISS TART HAZELNUT NUTELLA
4] BISKUT ARAB SUSU
5] CHOC CHIPS COOKIES
IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
1] RESEPI TART NENAS
Resepi tart nenas gulung yang gebu gebas, mencair di mulut sentiasa dicari bila tiba musim raya. Tart nenas yang gebu gebas sangat sedap ini selalunya menjadi biskut raya evergreen dari dulu sampai sekarang. Kalau dibuat jualan, tart nenas ini sentiasa laris dan dicari orang. Selalau kami kalau tak sempat buat, dapat beli pun jadilah…asalkan ada tart nanas sebagai hidangan di atas meja pada hari raya.
Cumanya adat membeli ni biasalah, kalau nasib elok dapat yang gebu gebas sedap tapi kalau nasib tak elok dapat yang keras dan manis sangat pula inti nenasnya. Jadi untuk mengelakkan kekecewaan membeli, jomlah kita buat sendiri tart nanas ni. Daripada resepi tart nenas ni, kita boleh adjust lagi ikut selera tekak sendiri. Salah satu tips membeli inti tart nenas yang sedap, belilah inti tart nanas yang PREMIUM…sebab kalau beli yang biasa selalunya lebih manis sebab gulanya lebih daripada isi nenas itu sendiri. Tapi kalau nak yang lebih kena dangan selera tekak kita, eloklah juga dibuat sendiri inti tart nenas itu.
Resepi tart nenas sukatan cawan yang kami kongsikan ini lebih mudah & praktikal untuk orang yang tiada alat penimbang kat rumah. Walaupun kami ada alat penimbang, kami lebih suka menggunakan resepi tart nenas sukatan cawan ni…cara mudah ada, buat apa cari cara susah kan.
BAHAN-BAHAN tart nenas sukatan cawan
-250g pure butter (guna pure butter baru sedap gebu)
-2 biji kuning telur
-1 st esen vanila
-1 sb susu pekat manis
-2 sb minyak sapi @ ghee
-1/4 cawan tepung kastard (diayak)
-1/4 cawan tepung jagung (diayak)
-1/2 cawan susu tepung
-2cawan
-3cawan tepung gandum (masukkan sikit-sikit, kena pandai adjust tengok ADUNAN melekat ke tak & lembut sebelum masuk acuan tart)
*bancuhan telur kuning untuk sapuan atas tart nenas
-1 biji kuning telur + sikit pewarna kuning dipukul bersama
TUTORIAL CARA BUAT tart nenas sukatan cawan sila klik bawah