aszulqa.com

resepi tart Nenas Gulung Sukatan Cawan Untuk Jualan

Biskut tart nenas tidak asing lagi sebagai biskut raya popular dan selalunya ada di setiap rumah yang dikunjungi setiap kali tibanya hari raya. Tart nenas yang gebu dan cair di mulut pasti menjadi idaman ramai.

Jika anda ingin berniaga di musim perayaan ini, apa kata anda cuba menjual biskut raya yang selalunya laku keras. Anda boleh mencuba resepi tart nenas gulung sukatan cawan untuk jualan resepi Azlina Ina yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

bahan-bahan utama (anggaran 60 biji):
3 1/4 cawan gandum
2 sb tepung jagung (supaya tart anda tak keras kejung bila sejuk)
2 sb tepung kastard (supaya tart anda rasa creamy sedap)
2 sb minyak sapi (supaya tart gebu, gold dan rasa susu sedap)
1 cawan butter
3 sb susu pekat
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Cara menyediakan doh tart nenas gulung sukatan cawan:
1.Satukan bahan-bahan seperti butter, susu pekat, kuning telur, esen vanila, pewarna kuning dan minyak sapi dalam bekas adunan dan kacau guna senduk sahaja
2.Kemudian masukkan 1 cawan tepung gandum, 2 sb tepung custard, diikuti 2 sb tepung jagung
3.Kemudian tuang baki selebihnya tepung gandum tadi.
Nota : sukatan 3 1/4 cawan ni bagi sesiapa yang pakai acuan tart kalau pakai penggelek boleh tambah 1/4 jd 1/2 cawan.Maksudnya sukatan untuk guna penggelek 3 cawan setengah tepung gandum sebab nak doh keras sikit supaya senang nak gelek. Uli sampai dapat doh yang cantik dan lembut
4.Ambil sedikit adunan doh, dan masukkan sedikit dalam acuan tart
5.Tabur tepung atas dulang atau talam semasa menerap tart
6.Sapu sedikit butter atas tray sebelum diletak tart untuk dibakar dalam oven
7.Sapu kuning telur yang dicampur dengan pewarna kuning sedikit untuk dapatkan kesan gold pada permukaan tart
8.Panaskan oven pada suhu 170 darjah dalam 5 minit
9.Masukkan tart dalam oven dan bakar dengan suhu 160 darjah dalam 25 minit (atau ikut oven masing-masin) Kalau nampak permukaan tart dah gold means tart nenas dah boleh diangkat.


Kredit : Azlina Ina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − 11 =

Scroll To Top