aszulqa.com

7 resepi puding viral

Salah satu resepi pemanis mulut atau dessert yang evergreen ialah resepi puding. Kali ini kami akan kongsikan 7 resepi puding viral iaitu resepi puding simple dan sedap. Antara resepi puding viral ialah puding roti, puding buah, puding oreo milo, puding cocktail dan banyak lagi. 

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

 

 

PUDING ROTI

Bahan-bahan:
* 2 peket agar-agar tali 20g
* 2 tin susu cair
* 1 tin susu pekat
* 1 Roti potong gardenia yang pendek
* 1 inci gula batu
* pewarna merah, hijau, kuning

Cara-cara penyediaan:
* masak agar-agar tali dengan air 1.2L x 2 (atau secukupnya)
* masukkan gula batu
* carik-carikkan roti potong tadi ke dalam susu cair biar tenggelam dan kembang. (ambik putih sahaja yang tepi potong buang)
* agar-agar dah mendidih sebati cedok kepada 3 bekas buat warna merah, kuning, hijau. Sejukkan. (1 bekas dalam 2 ke 3 senduk sahaja )
* kecilkan api masukkan susu pekat kacau-kacau sebatikan. Ikut tahap kemanisan anda suka ?
* tinggal dengan api yang kecil
* 3 warna tadi dah beku potong dadu.
* tabur kedalam loyang lapisan pertama tabur warna warni yang dipotong dadu tadi dan masukkan roti yang rendam dalam susu cair tadi tuang agar-agar sedikit demi sedikit bagi tenggelam roti, ulang step ? sampai habis. ?
* sejukkan sedikit, simpan dalam peti ais dan hidangkan ?

Kredit: Ain Ilfina

 

PUDING BUAH

Bahan bahan:
Agar agar tali 1 paket (28gram)
Air 1.5 liter
1 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
Buah buahan
Pewarna kuning untuk buat lapisan di tengah puding

Cara-cara penyediaan:
-Agar-agar tali, panaskan dengan 1.5liter air. Masak hingga mendidih..dah didih tu kita tutup api.
-Lepas tu masukkan 1 tin susu pekat, setengah tin susu cair. Ok kacau sebati. Kalau rasa nak lagi manis,tuanglah lagi susu pekat tu. Saya guna loyang saiz 8 ye.
-Next step kita susun buah.. saya guna mangga dan kiwi. Kombinasi masam dengan manis.
-Tuang agar-agar tu slow je guna senduk. Tuang dalam 5 senduk je lepastu kita masuk peti sekejap bagi keras sikit..
-Ambil 3 senduk agar2 tu, masukkan dalam mangkuk lain, letak pewarna kuning.
-Kacau-kacau pastu tuang atas agar-agar tadi yang dah tuang dalam loyang isi buah tu. Tapi yang ni nak skip pon boleh. Saya saje buat layer kuning nak bagi cantik.
-Pastu layer kuning tu dah keras sikit kita tuang yang balance tadi tu smpai abis…ok tunggu sejuk sikit baru masuk peti. Chill dalam 4 jam atau lebih. Nak bagi betul-betul sejuk, sebab kalau tak sejuk nanti nak potong buah tu tak cantik.
.
Kredit: Ebah Habibah

 

PUDING BISKUT CRACKER

Hasil: anggaran 24 biji acuan ros ?
Bahan-bahan:
20gm agar-agar serbuk
6 cawan air masak
12 keping biskut cream crackers (jenama munchys)
1 cawan susu pekat/krimer pekat manis
1 cawan susu isian sejat/susu cair (guna ideal lebih sedap)
1/2 cawan gula pasir
pewarna pilihan
Saya guna pewarna star brand
*Sukatan menggunakan cawan dan sudu metrik.

Cara Penyediaan:
1. Mula-mula kita masukkan susu cair ke dalam blender.
-Masukkan biskut, patah-patahkan sedikit.
-Masukkan susu pekat/krimer manis.
-Blend semua bahan. Ketepikan.
2. Sediakan periuk.
-Masukkan 6 cawan air masak (air pada suhu bilik ye, bukan air panas, nanti agar-agar serbuk akan berketul2).
-Masukkan agar-agar serbuk.
-Kacau rata. Gunalah senduk untuk kacau larutan.
-Kemudian ON kan suis periuk nasi dan tekan butang COOK.
-Sentiasa kacau larutan.
-Setelah 5 minit, masukkan gula.
-Kacau sebati.
-Terus mengacau larutan, anggaran 5 minit lagi (total 10 minit).
3. Setelah 10 minit, perlahan2 masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk.
Terus mengacau larutan, anggaran 15 minit. Larutan menjadi pekat sedikit dan kita tak nak bahan-bahan hangus di dasar periuk.
4. Setelah 10 minit yg pertama dari total masa 15 minit berlalu, berhenti mengacau larutan sekejap. Kita nak tunggu buih-buih muncul tanda larutan dah mendidih. Bila dah didih sekejap, terus mengacau ye. Tak nk hangus. Dan OFF suis periuk nasi.
5. Angkat periuk nasi yang ada larutan puding dan letak atas alas yang tahan panas.
Kalau nak buat puding satu warna, bolehlah masukkan pewarna terus je dalam periuk. Kacau rata.
6. Siapkan acuan yang hendak digunakan. Basahkan acuan dengan air dan toskan. Tak payah lap. Mudah untuk keluarkan puding nanti.
7. Keraskan pada suhu bilik selama 1 jam sebelum dimasukkan ke peti sejuk.
SELAMAT MENCUBA ?

Kredit: Suriea Mohd Noor

 

PUDING OREO MILO

Bahan-bahan 
1 bungkus agar-agar @ 25gram
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan serbuk Milo
1 bungkus Oreo 137gram

Cara-cara penyediaan:
1.Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.
2.Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut.
3.Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut.
4.Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
5.Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.
6.Sejukkan. Siap!
7.Selamat mencuba.

Kredit : Fauziah Yahya

 

PUDING BUAH MANGGA

Bahan – Bahan
Lapisan Pertama (putih)
– potong dadu 4-5 biji mangga. Nak kurangkan pun boleh.
– 8 gram agar – agar tali
– 3 cawan air
– 50 gram gula
– 130 gram susu segar
– 30 gram dairy whipping cream
.
Lapisan Kedua (kuning)
– 300 gram puree + 2 sudu sunquick mangga (blend mangga sebelum blend tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus. Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga, dah blend sila tapis)
– 8 gram agar – agar tali
– 3 cawan air
– 30 gram gula
– 130 gram susu cair
– 30 gram dairy whipping cream
– 3 sudu makan sunquick mangga
Cara – cara
Lapisan Pertama (putih)
– potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya
-Letak atas api sederhana 8 gram agar – agar tali + 3 cawan air.
– Biarkan mendidih & agar2 tali tadi terurai, masukkan 50 gram gula. Dah larut baru masukkan 130 gram susu segar + 30 gram dairy whipping cream.
– biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap then off api.
– Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi
-Setkan dalam peti
.
Lapisan Kedua (kuning)
*dalam 3-4 biji mangga
– Api sederhana, masukkan 8 gram agar – agar tali + 3 cawan air
– Bila mendidih masukkan 30 gram gula.
– Bila gula dah larut masukkan 130 gram susu cair + 30 gram dairy whipping cream + 300 gram puree mangga & 3 sudu makan sunquick mangga
.
– Kacau sebati & biarkan mendidih selama 2-3 minit. Off api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan2 keatas lapisan putih tadi. Sebelum tuang cucuk-cucuk dulu pakai garpu agar lapisan melekat & tak terpisah.
– Setkan dalam 3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk. InsyaAllah sedap. Buatlah juga utk jualan..insyaAllah ramai suka ?

Kredit Mr.Ali

 

PUDING JAGUNG

Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin jagung krimer

1-2 sudu makan perasa jagung

 

Cara buat puding jagung
1. Satukan serbuk agar-agar, gula dan air di dalam periuk yang bersesuaian. Masak sehingga larut.
2. Kisar jagung bersama susu cair hingga halus .
3. Tuang kisaran jagung ke dalam periuk berisi agar-agar tadi dan kacau sebati.
4. Didihkan campuran agar-agar dengan api perlahan.
5. Tutup api kemudian tapis. Biarkan wap panasnya hilang.
6. Tuang adunan ke dalam acuan atau loyang yang bersesuaian.
7. Sejukkan dan biarkan mengeras terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Resepi & foto : Mas Cotek

 

PUDING COCKTAIL

Untuk kastard:
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 tin susu cair
1/2 cawan gula
Esen vanila
Cara buat kastard:
Campurkan semua bahan dalam periuk kacau bagi sebati lepastu masak atas api sampai likat dah siap boleh buh dalam bekas apa-apa je. Biar sejuk dan makan dengan kuah cocktail nyum nyum ?

Untuk kuah coktail:
1 tin susu cair
4 cawan air
3/4 cawan gula
Garam sikit
Air nata decoco sikit
Air laici sikit
Cara buat kuah astard:
Campur semua masak atas api sampai mendidih dan sejukkan

Hiasan:
Buah peach
Nata decoco
Cocktail
Laici
Nak tambah buah buahan segar pon sedap ?

Kredit: Nur Liyana

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × three =

Scroll To Top