Buffet Hotel
Buffet Ramadhan 2023 Kuala Lumpur Selangor Bawah RM100 di GLAMHALL, Damansara
Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan sentiasa dinanti-nantikan umat Islam untuk menunaikan ibadah puasa setahun sekali. Ramadhan sangat sinonim dengan pelbagai promosi menarik buffet ramadan yang ditawarkan oleh hotel, event hall mahupun restoran yang juga hanya berlaku setahun sekali sahaja.
Pelbagai promosi bufet Ramadan yang hanya setahun sekali ini sedang giat dilancarkan sejak awal tahun 2023 lagi. Bagi anda yang bijak berbelanja, sekaranglah masanya untuk anda merebut peluang keemasan bagi mendapatkan harga murah buffet Ramadan dengan promosi tempahan awal early birds.
Bagi anda yang sudah biasa ber bufet Ramadan di hotel pasti sudah tahu purata harga buffet Ramadan hotel rata-ratanya ialah sekitar RM100 ke atas. Tapi percayakah anda, masih wujud buffet Ramadan bawah RM70 bercitarasa hotel iaitu di GlamHall, Damansara. Syaratnya anda perlu membuat tempahan awal bermula dari sekarang untuk tarikh iftar berbuka puasa dari 25 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023. Tahun ini Glamhall kembali lagi dengan tagline ‘bahagia iftar bersama glam buffet Ramadhan 2023’.
BUFFET RAMADHAN 2023 SELANGOR
Senarai buffet Ramadhan 2023 Selangor beserta harga dan lokasi diharap dapat membantu anda yang sedang mencari-cari lokasi berbuka puasa bufet best di Selangor tahun ini.
Ibadah puasa menjanjikan pahala berlipat kali ganda setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Amalan berbuka puasa bersama ahli keluarga tersayang yang mungkin susah dilakukan dek kesibukan urusan harian di bulan lain dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Selain berbuka bersama ahli keluarga ibadah puasa pasti lebih bermakna jika sesekali dapat iftar berbuka puasa bersama adik beradik, sanak saudara ataupun kawan-kawan sepejabat. Boleh klik sini untuk video buffet ramadan hotel di Malaysia.
Ramadan semakin menghampiri kita, kebanyakan hotel sudah pun giat melancarkan promosi harga buffet murah iaitu early bird buffet ramadan bagi tahun 2023. Berbuka puasa di bufet ramadhan pastinya meriah dengan pelbagai juadah buffet yang menarik.
Jemput join fb group MALAYSIA HOTEL BUFFET 2023 & BUFFET RAMADAN 2023 ‼️ untuk lebih banyak tawaran menarik dan info buffet ramadan 2023. Oh ya! sebarang PREVIEW RAMADAN BUFFET 2023 ataupun berminat untuk memasukkan buffet ramadan anda ke dalam senarai ini boleh email kami di aszulqa.com@gmail.com, masih belum terlambat untuk mempromosikan buffet ramadan 2023 anda.
Berikut adalah antara senarai buffet ramadan 2023 sekitar Selangor dengan tawaran menarik yang boleh anda tempah dari sekarang (sila rujuk maklumat di gambar untuk sebarang tempahan):
BUFFET RAMADAN 2022 SELANGOR
Berikut adalah senarai buffet ramadan 2022 Selangor sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara, Kelana Jaya, KLIA dll.
SENARAI BUFFET RAMADAN 2022 SELANGOR [HARGA & LOKASI]:
1/ Hotel Le Meridien Putrajaya RM188nett/ dewasa
2/ Putrajaya Marriot RM188/ dewasa
3/ Hotel One World, PJ RM178nett/ dewasa
4/ Hotel Sheraton Petaling Jaya RM158nett/ dewasa
5/ Hotel Avante, PJ RM148nett/ dewasa
6/ Hotel Mardhiyyah, Shah Alam RM145nett/ dewasa
7/ Hotel Eastin, PJ RM140++/ dewasa
8/ Hotel Concorde, Shah Alam RM135/ dewasa
9/ Hotel Geno, Shah Alam RM130nett/ dewasa
10/ Hotel Movenpick, KLIA RM128++/ dewasa
11/ Hotel Royale Chulan, Damansara RM128nett/ dewasa
12/ Hotel Best Western I-City, Shah Alam RM120nett/ dewasa
13/ Hotel Tenera, Bangi RM118nett/ dewasa
14/ Hotel Glenmarie, Shah Alam RM108++/ dewasa
15/ Hotel Armada, PJ RM98++/ dewasa
16/ Hotel Nexus Regency, Shah Alam RM98++/ dewasa
17/ TH Hotel Kelana Jaya RM69.90/ dewasa
Harga yang dipaparkan di atas adalah harga biasa. Jika anda masih bekesempatan menempah sebelum 1 April 2022 anda berpeluang mendapat harga promosi early bird buffet ramadan 2022. Sebarang tempahan boleh berhubung dengan pihak hotel berkenaan.
BUFFET RAMADHAN LE MERIDIEN PUTRAJAYA HOTEL
Bulan Ramadhan 2022 bakal menjelma tidak lama lagi. Mungkin ramai yang sudah merindui suasana bulan Ramadan. Jumaat lepas kami telah memenuhi undangan ke preview buffet ramadan 2022 di Hotel Le Meridien Putrajaya. Teruja rasanya untuk kembali menikmati buffet hotel ni untuk kali kedua. Kali pertama berkunjung ke Hotel Le Meridien Putrajaya adalah untuk merasai lunch hi tea buffet pada bulan yang lepas. Memang tak menyesal tempah hotel buffet kat Putrajaya ni, antara hotel buffet terbaik yang pernah dikunjungi.
‘Destinasi Rasa’ itulah tema buffet ramadan Le Meridian Putrajaya tahun ini. Bufet ramadan yang diadakan di Restoran Latest Recipe ini terletak di ground floor, sama aras dengan lobi hotel. Jika anda parking di basement, anda hanya perlu menaiki lif untuk terus ke ground floor. Bayaran parking juga tidaklah mahal, hanya RM6 untuk 3 jam.
Sebaik memasuki ruang legar Restoran Latest Recipe, suasana bulan ramadhan sudah mula dirasai. Pandangan mata akan terus tertarik dengan ‘seafoods on ice’ yang bersusun cantik di sebelah kiri ruang masuk ke restoren.
Jika anda tercari-cari buffet ramadhan yang ada Oyster…inilah dia tempatnya! Bukan sahaja oyster tapi banyak lagi makanan laut segar lain seperti udang, ketam, sotong dsb. Sebaik berjalan melepasi ‘seafoods on ice’, anda disajikan pula dengan pelbagai buah-buahan tempatan sebelum berjumpa dengan kambing golek dan nasi mandy.
\
Penggemar kambing mesti tak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan kambing golek ini. Kambing golek kat Le Meridien Putrajaya ni sedap dan lembut, terasa kesemua rempah perapan di setiap kunyahan. Sedap di makan bersama sos barbeque atau bersama nasi mandy yang juga disediakan bersebelahan dengan kambing golek.
Di sebelah kanan dari ruang legar masuk, tersergam pelbagai hidangan pemanis mulut (dessert) terutamanya kek. Memang banyak jenis kek yang sedap-sedap, puding, macarons dan juga tart sampai tak termakan rasanya. Penggemar kek dan dessert mesti rasa berbaloi menempah buffet ramadhan di Hotel Le Meridien Putrajaya ini kerana kepelbagaian kek yang disajikan. Kek-kek disini bukan sahaja sedap malahan di deko dengan cantik. Selain daripada kek, ada pelbagai jenis kuih muih tradisional melayu seperti kuih talam, tepung pelita, kuih cara berlauk, kuih ketayap, pulut panggang, serawa durian dan banyak lagi.
Tips makan buffet hotel, jangan makan makanan berat sebagai starter. Makan dahulu makanan yang kita suka dalam kuantiti sedikit, jika confirm sedap baru tambah lagi. Ini dapat mengelakkan perut kenyang sebelum waktunya, juga dapat mengelakkan pembaziran makanan. Paling penting jangan makan nasi dahulu sebab bila dah makan nasi kita akan cepat kenyang jadi tak dapat merasa semua makanan ‘rare’ yang lain. Jika teringin juga nak makan lauk pauk yang sedap-sedap tu, disarankan ratah sahaja lauknya supaya tidak cepat kenyang dengan nasi. Kalau sekadar nak makan nasi bersama lauk pauk, bukankah hari-hari memang kita dah biasa makan nasi?
Bagi penggemar dimsum, anda juga pasti gembira kerana menu dimsum turut disajikan di sini. Selain dimsum, bagi yang merindui makanan hari raya anda mesti tak kempunan kerana ada pilihan lemang dan ketupat yang sedap dimakan bersama rendang. Bersebelahan menu lemang dan ketupat disajikan sebaris lauk panas gulai kawah. Nasi putih sedap dimakan bersama gulai kawah panas dan ulam-ulaman desa.
Menu masakan melayu kampung dengan pelbagai jenis lauk pauk pasti tidak ketinggalan disajikan. Tahun ini dengan penampilan istimewa Chef Naem yang membawakan kita hidangan masakan melayu asli seperti rendang pucuk ubi, kulat masak lemak belimbing, rendang hijau itik salai, daging dendeng, juga pencuci mulut seperti kuih sopang, kuih getas dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan menu bazaar ramadan seperti kebab, murtabak dan roti john. Penggemar pemanis mulut seperti ABC, cendol, laichi kang dan aiskrim jangan risau, sebab kesemua menu itu adala di buffet ramadan Le Meridien Putrajaya. Kanak-kanak pula pasti gembira dengan coklat fountain yang menggiurkan.
Suasana dalam Restoran Latest Recipe juga selesa, sambil makan sambil mendengar halwa telinga yang merdu dari persembahan ‘live band’.
Jadi, untuk anda yang teruja nak merasai pengalaman berbuka puasa buffet di Hotel Le Meridien Putrajaya boleh membuat tempahan seperti info yang tertera di bawah ini.
Harga promosi early bird ramadan buffet 2022 sebelum 1 April 2022
Dewasa RM148nett
Kanak-kanak RM74nett
Harga biasa buffet ramadan 2022 Hotel Le Meridien Putrajaya
Dewasa RM188nett
Kanak-kanak RM98nett
Early Bird BUFFET RAMADHAN 2022 [Cara Dapatkan Buffet Hotel Murah]
Anda tahu tak, sebenarnya ada cara untuk dapatkan buffet hotel murah dari kebiasaan? Caranya sangat mudah, cuma perlu rebut peluang lebih awal dari kebiasaan. Salah satu caranya adalah dengan membuat tempahan awal buffet ramadan sebelum tibanya bulan puasa.
Anda kena sentiasa ‘alert’ dengan tawaran-tawaran yang disediakan oleh hotel-hotel di Malaysia dari masa ke semasa. Kami ingin memudahkan anda dengan berkongsi info Early Bird Buffet Ramadhan 2022 (Akan di update dari masa ke semasa).
Berikut adalah antara hotel-hotel di Malaysia yang menawarkan harga promosi Early Bird BUFFET RAMADHAN 2022 setakat hari ini: