aszulqa.com

BUFFET RAMADHAN 2023 SELANGOR

Senarai buffet Ramadhan 2023 Selangor beserta harga dan lokasi diharap dapat membantu anda yang sedang mencari-cari lokasi berbuka puasa bufet best di Selangor tahun ini.

Ibadah puasa menjanjikan pahala berlipat kali ganda setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Amalan berbuka puasa bersama ahli keluarga tersayang yang mungkin susah dilakukan dek kesibukan urusan harian di bulan lain dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Selain berbuka bersama ahli keluarga ibadah puasa pasti lebih bermakna jika sesekali dapat iftar berbuka puasa bersama adik beradik, sanak saudara ataupun kawan-kawan sepejabat. Boleh klik sini untuk video buffet ramadan hotel di Malaysia.

Ramadan semakin menghampiri kita, kebanyakan hotel sudah pun giat melancarkan promosi harga buffet murah iaitu early bird buffet ramadan bagi tahun 2023. Berbuka puasa di bufet ramadhan pastinya meriah dengan pelbagai juadah buffet yang menarik. 

Jemput join fb group MALAYSIA HOTEL BUFFET 2023 & BUFFET RAMADAN 2023 ‼️ untuk lebih banyak tawaran menarik dan info buffet ramadan 2023. Oh ya! sebarang PREVIEW RAMADAN BUFFET 2023 ataupun berminat untuk memasukkan buffet ramadan anda ke dalam senarai ini boleh email kami di aszulqa.com@gmail.com, masih belum terlambat untuk mempromosikan buffet ramadan 2023 anda.

Berikut adalah antara senarai buffet ramadan 2023 sekitar Selangor dengan tawaran menarik yang boleh anda tempah dari sekarang (sila rujuk maklumat di gambar untuk sebarang tempahan):

Read more

senarai buffet ramadan 2023 (harga dan lokasi)

Kita bakal menyambut bulan Ramadan yang penuh barokah pada 23 Mac 2023 bersamaan 1444H. Ibadah puasa menahan lapar dan dahaga dapat melatih diri kita supaya lebih bersabar. Di samping itu, amalan berbuka puasa bersama keluarga dan orang yang tersayang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan terutamanya buat mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja seharian.

Banyak hotel, event hall/ wedding dan restoran yang menawarkan pakej berbuka puasa iftar dengan tema yang menarik dan menu buffet ramadhan yang membangkitkan selera. Persediaan awal menempah buffet Ramadhan 2023 dan pemilihan tempat iftar berbuka puasa yang sesuai dapat membantu kita merancang perjalanan ibadah puasa supaya lebih mudah dan lancar. Tidaklah kita terkejar-kejar ke lokasi bufet Ramadan ataupun tersekat dalam kesesakan lalu lintas tanpa perancangan yang rapi. 

Berikut ialah senarai buffet Ramadan 2023 beserta harga dan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Senarai ini berdasarkan preview buffet Ramadhan 2023 yang kami hadiri untuk sessi ‘food review’. Serius berminat untuk memasukkan senarai hotel, event hall/ wedding atau restoran di sini  boleh email ke aszulqa.com@gmail.com   Read more

Ramadan Buffet 2023 di Pullman KLCC bertemakan “Bazaar Buffet”

Bazaar Buffet Pullman KLCC, itulah tema buffet Ramadan Pullman KLCC 2023. Pertama kali melangkah masuk ke Sedap Restoran di mana ramadan buffet diadakan kemudian melihat deretan ‘live stalls’ di luar, barulah kami faham kenapa ianya dinamakan ‘Bazaar Buffet’. Seronok dapat merasai suasana ala-ala bazaar ramadan di dalam hotel bertaraf 5 bintang KLCC.

 

Read more

buffet ramadan bawah RM100 di NORANOM, sesuai untuk seisi keluarga

Ibadah puasa yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam bakal tiba pada 23 Mac 2023. Syukur alhamdulillah kita masih dikurniakan rezeki bertemu lagi dengan bulan Ramadan tahun ini.

Read more

Harga buffet murah early birds buffet ramadan kelantan 2023

Ibadah puasa adalah wajib bagi semua umat Islam setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Setiap kali Ramadan kebanyakan hotel akan menawarkan pakej iftar berbuka puasa dengan pelbagai tema yang menarik. Seawal sebulan sebelum berpuasa, pihak hotel sudah mengeluarkan tawaran harga early birds untuk direbut oleh pelanggan bagi menikmati harga murah daripada harga sebenar. 

Read more

BUFFET RAMADAN 2023 dapatkan harga early bird buffet ramadhan untuk promosi harga buffet murah

Walaupun masih di penghujung bulan Januari 2023 dan belum pun memasuki bulan ramadan 2023, namun beberapa hotel di Malaysia sudah pun melancarkan promosi harga buffet murah iaitu early bird buffet ramadan bagi tahun 2023.

Read more

Scroll To Top