aszulqa.com

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam Selangor Bawah RM100 di Lantera Venue, Cahaya SPK Resort

Buffet Ramadhan 2023 Shah Alam, Selangor dengan bajet bawah RM100, anda boleh nikmati berbuka puasa buffet ini di Lantera Venue, Cahaya SPK Resort Shah Alam. Percaya atau tidak, buffet Ramadan bawah RM100 ini menyajikan anda 100++ menu buffet Ramadhan yang amat menyelerakan. Amatlah berbaloi.

Keistimewaan berbuka puasa di buffet Ramadan Lantera Venue ialah anda dapat menikmati suasana iftar berbuka puasa ala Resort. Didekorasi dengan menarik dan teliti, anda juga dapat merasai suasana berbuka puasa dengan pemandangan kolam renang yang luas.
port OOTD bersebelahan kolam

 

Dari saat anda mula melangkah kaki di ‘entrance’ Lantera Venue ini, anda pasti hilang arah tidak tahu nak bergambar di sudut yang mana satu kerana banyak port OOTD menarik! Tempat ini sangat sesuai untuk Gen Z, ‘instafamous’ dan ‘tiktokers’ yang suka ber OOTD.
pintu masuk

 

Di Lantera Venue terdapat 2 aras ruang makan, iaitu di aras bawah menghadap ke kolam dan apabila malam anda akan ‘disirami’ cahaya lampu yang cantik, manakala aras atasnya lebih luas dan lebih santai sambil menikmati ‘live band music’.

aras bawah

aras atas

aras atas

Anda boleh saksikan sendiri suasana Ramadan bufet di Lantera Venue pada tahun lepas yang sentiasa ‘full house’ sepanjang bulan puasa. Video bufet Ramadan 2023 bakal menyusul nanti:

Memandangkan kejayaan menganjurkan Ramadhan buffet buat julung kalinya tahun lepas dan menu buffet Ramadhan Lantera Venue ternyata disukai ramai pelanggan, maka tahun ini banyak menu dikekalkan dengan penambahbaikan beberapa menu yang lain seperti aneka sayur goreng/ tumis yang dimasak panas-panas atas permintaan sahaja (live cook), yong tau fu, dim sum, roti bakar dan air panas dan sebagainya.

Terdapat banyak gerai ala-ala bazaar Ramadan di sepanjang koridor kolam renang yang boleh anda pilih mengikut citarasa masing-masing. Berikut ialah 25 ‘stalls’ menarik yang Lantera Venue tawarkan:
.
1. Stall 1 : Aneka nasi dan lauk pauk kampung
2. Stall 2 : Aneka kerabu
3. Stall 3 : Aneka sambal
4. Stall 4 : Sayur goreng (live cook)
5. Stall 5 : Mee & kuew teow goreng (live cook)
6. Stall 6 : Rojak buah 
7. Stall 7 : Yong tou fuu
8. Stall 8 : Kambing golek (live cook)
9. Stall 9: Harimau menangis (live cook)
10. Stall 10: Kuih tradisional
11. Stall 11: Aneka pengat & bubur
12. Stall 12: Roti ice-cream
13. Stall 13: Roti jala (live cook)
14. Stall 14: Pisang goreng & keropok lekor
15. Stall 15: Air panas + roti bakar
16. Stall 16: Aneka air balang
17. Stall 17: Roti john (live cook)
18. Stall 18: Aneka keropok
19. Stall 19: Dessert & cakes
20. Stall 20: Chocolate fountain
21. Stall 21 : Cendol & ABC
22. Stall 22: Aneka buah-buahan
23. Stall 23: Soto & sup
24. Stall 24: Dim sum & pau
25. Stall 25: Kids corner

 

Signature menu’ Lantera Venue yang sentiasa dicari-cari oleh ramai pengunjung ialah daging harimau menangis. Sejak dari tahun lepas, ‘stall’ daging harimau menangis pasti dikerumuni penggemarnya dan laku keras. Dagingnya yang lembut dan juicy apabila dimakan bersama dengan sos istimewa memang membuatkan kita teringat-ingat sampai ke rumah. 

 

Di samping itu, anda patut mencuba roti johnnya yang sedap dan istimewa kerana ada penambahan sos cheesy. Roti john selalunya akan bertambah sedap jika cukup kombinasi sosnya dan di sini anda dibenarkan untuk meletakkan sendiri seberapa banyak sos yang anda mahu mengikut citarasa anda. Sos cheesy, sos cili dan sos mayonis adalah sos-sos yang tersedia di sini untuk anda kombinasikan sendiri.

 

Rebutlah peluang keemasan untuk mendapatkan harga murah early birds RM69 melalui online booking sepanjang minggu pertama bulan Ramadhan sebelum harga kembali kepada asal iaitu RM89.

Buffet Ramadan Lantera Venue
Tema: Cahaya Ramadhan Buffet 2023

 

HARGA BUFFET RAMADAN 2023 Lantera Venue:
EARLY BIRD (untuk tarikh iftar berbuka dari 25/3/2023 – 31/3/2023)
RM69 nett – DEWASA
  
 
NORMAL PRICE (1/4/2023-19/4/2023)
RM89 nett DEWASA (online booking)
RM49 nett – KANAK-KANAK (5-10 tahun) & WARGA EMAS (60 tahun ke atas)
RM99 nett – DEWASA (walk-in)
 
 
LOKASI:
LANTERA VENUE,
Cahaya SPK Resort Club,
Jalan Serindit, Seksyen U 9,
Cahaya SPK,
40150 Shah Alam, Selangor
 
PARKING:
Percuma
 
SURAU:
Disediakan
 
 
 
HOTLINE:
+60142132769

   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six − 1 =

Scroll To Top