aszulqa.com

Hotel Tenera Hi Tea Buffet [Hotel Buffet Malaysia]

Sejak PKP dimansuhkan, banyak hotel sudah mula menawarkan hotel buffet samada breakfast buffet, hi-tea lunch buffet, hi-tea buffet mahupun hotel buffet dinner. Antara yang sering dicari-cari adalah W hotel buffet, Mandarin Oriental buffet, Grand Hyatt buffet, Majestic hotel buffet, One World hotel buffet, Sunway Hotel buffet, Shang Ri La lemon garden, EQ hotel buffet, Eastin hotel buffet dan banyak lagi.

Antara Hotel Buffet di Selangor yang menawarkan hi-tea buffet adalah Hotel Tenera, Bangi. Bila berkunjung ke sini, dari jauh sudah boleh nampak senibina hotel tenera yang cantik, apatah lagi bila menjejakkan kaki ke hotel itu. Tempat letak kereta @ parking adalah percuma, ada disediakan sama level dengan Restoran Selasih Garden iaitu Restoran di mana hi-tea buffet ini diadakan.

 

Hi Tea buffet hotel Tenera, bangi adalah salah satu buffet hotel Selangor di Malaysia dengan bajet bawah RM100.

Harga Hi Tea Buffet Hotel Tenera, Bangi:
Dewasa         RM68
Kanak-kanak RM48

Masa Hi-Tea Buffet :12 tengahari hingga 3 petang

 

 

Pilihan makanan yang agak terhad seperti di bawah:
Nasi putih, nasi beriani
Ayam goreng mamak
Daging masak kicap
Sayur campur
Kari kepala ikan salmon
satay
oden
pasta
tauhu bakar
keledek goreng, keropok lekor
kek
aiskrim
biskut dalam tin
lidah lembu bakar

Air minuman hanya ada air kosong dan kordial. Minuman panas, teh O dan kopi O. Agak kecewa kerana tiada teh tarik. Kek juga banyak dan dihias cantik, cumanya itu hanyalah kek span biasa dan kek coklat.  Tiada sebarang kek premium. Bagi peminat kek dan ‘dessert’ mesti agak kecewa.

 

 

Selain itu, ada juga pertunjukan ‘live band’; Jadi anda boleh menikmati buffet sambil mendengar nyanyian merdu. Kolam ikan koi bersebelahan buffet boleh menjadi daya penarik pengunjung yang sukakan pemandangan luar. Anak-anak boleh bermain-main di sekitar kolam ikan koi juga.

 KLIK SINI untuk hotel buffet Malaysia menarik yang lain!

Read more

Early Bird BUFFET RAMADHAN 2022 [Cara Dapatkan Buffet Hotel Murah]

Anda tahu tak, sebenarnya ada cara untuk dapatkan buffet hotel murah dari kebiasaan? Caranya sangat mudah, cuma perlu rebut peluang lebih awal dari kebiasaan. Salah satu caranya adalah dengan membuat tempahan awal buffet ramadan sebelum tibanya bulan puasa.

Anda kena sentiasa ‘alert’ dengan tawaran-tawaran yang disediakan oleh hotel-hotel di Malaysia dari masa ke semasa. Kami ingin memudahkan anda dengan berkongsi info Early Bird Buffet Ramadhan 2022 (Akan di update dari masa ke semasa).

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
 

Berikut adalah antara hotel-hotel di Malaysia yang menawarkan harga promosi Early Bird BUFFET RAMADHAN 2022 setakat hari ini:

Read more

Scroll To Top