aszulqa.com

Buffet Ramadhan 2023 Kuala Lumpur Selangor Bawah RM100 di GLAMHALL, Damansara

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan sentiasa dinanti-nantikan umat Islam untuk menunaikan ibadah puasa setahun sekali. Ramadhan sangat sinonim dengan pelbagai promosi menarik buffet ramadan yang ditawarkan oleh hotel, event hall mahupun restoran yang juga hanya berlaku setahun sekali sahaja.

Pelbagai promosi bufet Ramadan yang hanya setahun sekali ini sedang giat dilancarkan sejak awal tahun 2023 lagi. Bagi anda yang bijak berbelanja, sekaranglah masanya untuk anda merebut peluang keemasan bagi mendapatkan harga murah buffet Ramadan dengan promosi tempahan awal early birds.

Bagi anda yang sudah biasa ber bufet Ramadan di hotel pasti sudah tahu purata harga buffet Ramadan hotel rata-ratanya ialah sekitar RM100 ke atas. Tapi percayakah anda, masih wujud buffet Ramadan bawah RM70 bercitarasa hotel iaitu di GlamHall, Damansara. Syaratnya anda perlu membuat tempahan awal bermula dari sekarang untuk tarikh iftar berbuka puasa dari 25 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023. Tahun ini Glamhall kembali lagi dengan tagline ‘bahagia iftar bersama glam buffet Ramadhan 2023’.

port OOTD buat kenang-kenangan

 

Boleh intai-intai dulu iftar Ramadhan bufet GLAMHALL tahun lepas…haaaa, boleh tengok sendiri punyalah banyak port OOTD cun!

 

Sebaik melangkah ke dalam hall, mata anda akan tertumpu pada ‘food island’ di tengah dewan yang sangat ‘outstanding’. Walaupun Glam Ramadan buffet berharga bawah RM100 namun dekorasinya sangat cantik mengalahkan hotel. Kombinasi warna, pencahayaan dan konsep yang sangat unik dan menawan pandangan mata sesiapa sahaja yang memandang.

 

Ini pula deretan air balang buat penghilang dahaga saat berbuka puasa.

 

 

Ruang dalam yang berhawa dingin, luas dan ‘kids friendly’. Ruang makan glamhall sangat luas dan besar, boleh memuatkan 600 pax tetamu dalam satu masa. 

 

 

Pentas utamanya juga sangat gah dan ‘outstanding’. Di sinilah ‘live performance band’ akan menghiburkan tetamu dengan halwa telinga yang mengasyikkan.

pentas utama

‘live band performance’

 

Bukan sekadar ruang tertutup, ada juga ‘outdoor stalls’ untuk ‘live cooking’ seperti ‘stall’ daging harimau menangis’ dan kambing golek yang sentiasa laku keras dan menjadi rebutan. Anda boleh lepak-lepak di luar dewan untuk udara segar dan sembang santai bersama kawan-kawan atau keluarga. Di sini juga sangat cantik untuk OOTD.

‘outdoor space’
stall daging harimau menangis
daging harimau menangis yang laku keras

 

Buffet Ramadhan bawah RM100 di Glam hall ini menawarkan lebih 100 menu Ramadhan dengan 24 ‘corner’ ataupun ‘stalls’ yang menarik:

Stall 1 : Nasi & Lauk Pauk
Stall 2 : Briyani corner
Stall 3 : Aneka kerabu
Stall 4 : Aneka sambal
Stall 5 : Ayam K-Pop ( Ayam Goreng Ala korea )
Stall 6 : Yong Tau Foo corner
Stall 7 : Mee & kuey teow goreng
Stall 8 : Tradisi Raya
Stall 9 : Kambing Golek
Stall 10: Harimau Menangis
Stall 11: Kuih Tradisional
Stall 12: Kids Corner ( Nuggets, Fries and dll )
Stall 13: Roti Jala ( Live cook )
Stall 14: Roti john ( Live cook )
Stall 15: Air panas
Stall 16: Aneka air sejuk
Stall 17: cendol & ABC
Stall 18: Dim sum & Pau
Stall 19 : Aiskrim & Waffle
Stall 20: Aneka keropok
Stall 21: Dessert & cakes
Stall 22: chocolate fountain
Stall 23: Buah-buahan
Stall 24: Aneka sup & soto

 

stall yong tau fu
dim sum
stall roti jala
roti jala live cook
waffle live cook
coklat fountain
kuih muih tradisional Melayu
lemang, rendang dll
keropok kudap-kudapan

 

Dekorasi indah di GlamHall ini di reka khas oleh decorator popular Mahligai Creative Weddings. Tema dekorasi Glam Ramadhan tahun ini adalah berkonsepkan Tropikal Ramadhan khas untuk anda menjamu mata sambil-sambil menjamu selera. Anda wajib berkunjung ke Glam Ramadhan buffet tahun ini untuk merasai pengalaman berbuka puasa yang mengujakan ini.


Buffet Ramadan GlamHall
Tema: Tropikal Glam Ramadhan Buffet 2023

HARGA BUFFET RAMADAN 2023 GlamHall:
EARLY BIRD (untuk tarikh iftar berbuka dari 25/3/2023 – 31/3/2023)
RM69 – DEWASA
  
 
NORMAL PRICE (1/4/2023-19/4/2023)
RM95.00 – DEWASA (online booking)
RM55.00 – KANAK-KANAK & WARGA EMAS
RM105.00 – DEWASA (walk-in)
 
LOKASI: 
GLAMHALL DAMANSARA,
Block G, Tower 2,
Level 6 & 7 Jalan PJU 8/1,
Neo Damansara, Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor
 
PARKING:
Basement Parking (Level 1-5)
 
SURAU:
Level G, next to lift

TANDAS:
Level 6

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 10 =

Scroll To Top