aszulqa.com

BUFFET RAMADHAN BAWAH RM100/ Buffet Ramadhan Murah 2022

Dua tahun Ramadan sudah berlalu sejak kita dilanda pandemik wabak Covid19. Tahun ini memasuki tahun ketiga Ramadan, kita semua menjalani rutin harian dalam wabak virus ini, dan bermula 1 April 2022 yang lepas negara kita sudah memasuki fasa endemik Covid19.

Jadi rutin berbuka puasa tahun ini boleh berjalan seperti biasa dan tiada lagi sekatan PKP seperti 2 tahun yang sudah. Bolehlah kita menarik nafas lega untuk menikmati juadah berbuka puasa buffet dalam masa yang sama turut patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

BUFFET RAMADAN 2022 DI CORUS HOTEL KUALA LUMPUR

Jika anda masih mencari-cari buffet ramadan 2022 Kuala Lumpur, Corus Hotel Kuala Lumpur menawarkan sajian iftar berbuka puasa dengan lebih 200 menu masakan dengan harga mampu milik RM100++.

Corus Hotel Kuala Lumpur terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, bersebelahan dengan KLCC. Untuk ke stesen LRT KLCC bawah tanah hanya mengambil masa 2 minit berjalan kaki dari Hotel Corus Kuala Lumpur dan 5 minit berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas. Sekiranya anda ingin ‘shopping’ persiapan raya di sekitar KLCC dan mall berdekatan, anda boleh berbuat demikian kerana jaraknya hanya ‘walking distance’ dari Hotel Corus, KL ini.

Untuk yang mencari-cari buffet hotel Halal, Corus Hotel Kuala Lumpur adalah salah satu hotel dengan status HALAL JAKIM. Jadi tiada keraguan dan was-was untuk menikmati hidangan buffet hotel di sini.

 

Antara menu istimewa yang bakal disajikan di Corus Hotel Kuala Lumpur ialah daging salai masak lemak pucuk ubi mangga muda. Masak lemak cili api yang sememangnya sinonim dengan Negeri Sembilan, cukup terasa pedas dan lemaknya. Manakala Ikan Tenggiri Asam Pedas dan Udang Masak Kapitan pula antara masakan dari Melaka turut diketengahkan di Dondang Sayang Coffee House ini sebagai tarikan iftar berbuka puasa. Menu masakan Kelantan iaitu ayam percik juga tidak kurang sedapnya. 

Ikan tenggiri asam pedas & daging salai masak lemak pucuk ubi mangga muda

 

Jika anda penggemar masakan pedas, anda juga patut mencuba sotong masak sambal hijau. Boleh dipadankan dengan aneka jenis kerabu yang ada disitu contohnya kerabu sotong, kerabu magga, kerabu ulam-ulaman dan banyak lagi. Kalau dah makan pedas-pedas tu jangan risau, anda boleh seimbangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti betik, tembikai, longan, mangga dan banyak lagi.

 

Sotong masak sambal hijau, udang masak kapitan dan aneka kerabu

 

Buah-buahan tempatan

 

Walaupun berharga RM100++ anda masih boleh menikmati hidangan kambing golek yang sentiasa dicari-cari bila berbuka di hotel. Penggemar kambing golek mesti gembira dapat menikmati hidangan kambing panggang bila berbuka nanti.

Kambing golek @ kambing bakar di Corus Hotel Kuala Lumpur
Hirisan daging kambing golek bersama sos

 

Selain hidangan lauk pauk masakan melayu, ada juga sup tulang rawan yang sedap. Bila dihirup sup tulang rawan ni panas-panas memang sedap dan terasa rempahnya.
Kalau rindu dengan bubur lambuk, anda juga boleh menikmatinya di hotel ini.

 

 

Tidak lengkap buffet ramadahan tanpa dessert. Pelbagai jenis kek, puding, tart dan pemanis mulut ada disajikan di sini. Pilih sahaja mana yang berkenan! Oh ya! kuih-muih tradisional melayu seperti bingka ubi, talam, pulut panggang, cara berlauk dsbg juga tidak ketinggalan dihidangkan.

 

Santapan Warisan @ Ramadhan Buffet Dinner Corus Hotel Kuala Lumpur
Tarikh: 5 April 2022 hingga 30 April 2022
Masa: 6.30 petang hingga 10 malam
Tempat: Dondang Sayang Coffee House, Corus Hotel KL (ground floor)
Harga Dewasa: RM108 nett
Harga kanak-kanak: RM70 nett
Promosi: Tempah 10pax PERCUMA 1pax

Untuk sebarang tempahan buffet ramadhan boleh hubungi 03-2161 8888 atau emel kepada fnb@corushotel-kl.com

Buffet Ramadan 2022 Corus Hotel Kuala Lumpur
Santapan Warisan @ Dondang Sayang Coffee House, Hotel Corus KL

BUFFET RAMADHAN LE MERIDIEN PUTRAJAYA HOTEL

Bulan Ramadhan 2022 bakal menjelma tidak lama lagi. Mungkin ramai yang sudah merindui suasana bulan Ramadan. Jumaat lepas kami telah memenuhi undangan ke preview buffet ramadan 2022 di Hotel Le Meridien Putrajaya. Teruja rasanya untuk kembali menikmati buffet hotel ni untuk kali kedua. Kali pertama berkunjung ke Hotel Le Meridien Putrajaya adalah untuk merasai lunch hi tea buffet pada bulan yang lepas. Memang tak menyesal tempah hotel buffet kat Putrajaya ni, antara hotel buffet terbaik yang pernah dikunjungi.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
 
 

 

‘Destinasi Rasa’ itulah tema buffet ramadan Le Meridian Putrajaya tahun ini. Bufet ramadan yang diadakan di Restoran Latest Recipe ini terletak di ground floor, sama aras dengan lobi hotel. Jika anda parking di basement, anda hanya perlu menaiki lif untuk terus ke ground floor. Bayaran parking juga tidaklah mahal, hanya RM6 untuk 3 jam.

Sebaik memasuki ruang legar Restoran Latest Recipe, suasana bulan ramadhan sudah mula dirasai. Pandangan mata akan terus tertarik dengan ‘seafoods on ice’ yang bersusun cantik di sebelah kiri ruang masuk ke restoren.

 

Jika anda tercari-cari buffet ramadhan yang ada Oyster…inilah dia tempatnya! Bukan sahaja oyster tapi banyak lagi makanan laut segar lain seperti udang, ketam, sotong dsb. Sebaik berjalan melepasi ‘seafoods on ice’, anda disajikan pula dengan pelbagai buah-buahan tempatan sebelum berjumpa dengan kambing golek dan nasi mandy.

\

 

Penggemar kambing mesti tak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan kambing golek ini. Kambing golek kat Le Meridien Putrajaya ni sedap dan lembut, terasa kesemua rempah perapan di setiap kunyahan. Sedap di makan bersama sos barbeque atau bersama nasi mandy yang juga disediakan bersebelahan dengan kambing golek.

 

Di sebelah kanan dari ruang legar masuk, tersergam pelbagai hidangan pemanis mulut (dessert) terutamanya kek. Memang banyak jenis kek yang sedap-sedap, puding, macarons dan juga tart sampai tak termakan rasanya. Penggemar kek dan dessert mesti rasa berbaloi menempah buffet ramadhan di Hotel Le Meridien Putrajaya ini kerana kepelbagaian kek yang disajikan. Kek-kek disini bukan sahaja sedap malahan di deko dengan cantik. Selain daripada kek, ada pelbagai jenis kuih muih tradisional melayu seperti kuih talam, tepung pelita, kuih cara berlauk, kuih ketayap, pulut panggang, serawa durian dan banyak lagi.

 

Tips makan buffet hotel, jangan makan makanan berat sebagai starter. Makan dahulu makanan yang kita suka dalam kuantiti sedikit, jika confirm sedap baru tambah lagi. Ini dapat mengelakkan perut kenyang sebelum waktunya, juga dapat mengelakkan pembaziran makanan. Paling penting jangan makan nasi dahulu sebab bila dah makan nasi kita akan cepat kenyang jadi tak dapat merasa semua makanan ‘rare’ yang lain. Jika  teringin juga nak makan lauk pauk yang sedap-sedap tu, disarankan ratah sahaja lauknya supaya tidak cepat kenyang dengan nasi. Kalau sekadar nak makan nasi bersama lauk pauk, bukankah hari-hari memang kita dah biasa makan nasi?

 

Bagi penggemar dimsum, anda juga pasti gembira kerana menu dimsum turut disajikan di sini. Selain dimsum, bagi yang merindui makanan hari raya anda mesti tak kempunan kerana ada pilihan lemang dan ketupat yang sedap dimakan bersama rendang. Bersebelahan menu lemang dan ketupat disajikan sebaris lauk panas gulai kawah. Nasi putih sedap dimakan bersama gulai kawah panas dan ulam-ulaman desa.

 

Menu masakan melayu kampung dengan pelbagai jenis lauk pauk pasti tidak ketinggalan disajikan.  Tahun ini dengan penampilan istimewa Chef Naem yang membawakan kita hidangan masakan melayu asli seperti rendang pucuk ubi, kulat masak lemak belimbing, rendang hijau itik salai, daging dendeng, juga pencuci mulut seperti kuih sopang, kuih getas dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan menu bazaar ramadan seperti kebab, murtabak dan roti john. Penggemar pemanis mulut seperti ABC, cendol, laichi kang dan aiskrim jangan risau, sebab kesemua menu itu adala di buffet ramadan Le Meridien Putrajaya. Kanak-kanak pula pasti gembira dengan coklat fountain yang menggiurkan.

Suasana dalam Restoran Latest Recipe juga selesa, sambil makan sambil mendengar halwa telinga yang merdu dari persembahan ‘live band’. 

 

Jadi, untuk anda yang teruja nak merasai pengalaman berbuka puasa buffet di Hotel Le Meridien Putrajaya boleh membuat tempahan seperti info yang tertera di bawah ini.

 

Harga promosi early bird ramadan buffet 2022 sebelum 1 April 2022
Dewasa          RM148nett
Kanak-kanak  RM74nett

Harga biasa buffet ramadan 2022 Hotel Le Meridien Putrajaya
Dewasa         RM188nett
Kanak-kanak RM98nett

 

Early Bird BUFFET RAMADHAN 2022 [Cara Dapatkan Buffet Hotel Murah]

Anda tahu tak, sebenarnya ada cara untuk dapatkan buffet hotel murah dari kebiasaan? Caranya sangat mudah, cuma perlu rebut peluang lebih awal dari kebiasaan. Salah satu caranya adalah dengan membuat tempahan awal buffet ramadan sebelum tibanya bulan puasa.

Anda kena sentiasa ‘alert’ dengan tawaran-tawaran yang disediakan oleh hotel-hotel di Malaysia dari masa ke semasa. Kami ingin memudahkan anda dengan berkongsi info Early Bird Buffet Ramadhan 2022 (Akan di update dari masa ke semasa).

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
 

Berikut adalah antara hotel-hotel di Malaysia yang menawarkan harga promosi Early Bird BUFFET RAMADHAN 2022 setakat hari ini:

Read more

Scroll To Top