aszulqa.com

TIPS PULUT KUNING TAHAN LAMA & TAK CEPAT BASI

Read more

TIPS MASAK KARI PECAH MINYAK

Ada beberapa cara supaya kari atau gulai pecah minyak dengan sempurna. Tips memasak kari supaya pecah minyak sempurna ini adalah perkongsian daripada fb Safwan Adnan yang telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Read more

bukan telur rebus biasa…sup telur rebus resepi lain dari yang lain ni memang sedap dihirup

Jangan hanya goreng telur atau dadar telur, cuba masak dengan kaedah ini. Cubalah resipi telur rebus sup yang sedap dihirup hingga titisan terakhir. Dengan mempelbagaikan resepi telur, jadi tidaklah terasa bosan apabila setiap kali nak makan telur hanya digoreng dadar atau dibuat telur mata kerbau sahaja.

Read more

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1443H…Hari Raya Haji 2022 dapat kita berkumpul lagi

Assalamualaykum,
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1443H. Alhamdulillah, Hari Raya Haji 2022 tahun ini dapat kita berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara tercinta tanpa sebarang sekatan PKP lagi. Kebetulan pula tarikh hari raya haji 2022 jatuh pada hari minggu, jadi panjang sedikit cuti raya haji tahun ini.

Untuk anak perantauan yang tak dapat pulang beraya di kampung, jangan sedih-sedih jika tak dapat makan daging korban. Pelbagai hidangan daging boleh kita sediakan sendiri dengan resepi dan menu hari raya haji yang lengkap ini

Hari raya haji tahun ini disambut secara bersederhana. Tidak lengkap rasanya raya tanpa rendang, rendang ayam itu seakan sudah menjadi kewajipan setiap kali raya. Ada pula permintaan pulut kuning kukus, maka jadilah juadah pulut kuning bersama rendang ayam untuk menu hari raya haji tahun ini, alhamdulilliah.

 

Untuk resepi rendang ayam dan pulut kuning boleh klik video di bawah. Di dalam video, ada disertakan sekali tips masakan supaya pulut kuning berkilat dan lembut…cantik kejadiannya!

 

Read more

NASI AYAM: Tips Nasi Ayam Lebih Sedap dan Lembut

Resepi nasi kegemaran ramai iaitu nasi ayam resipi. Ada banyak versi dan resepi nasi ayam dengan sedikit perbezaan bahan dan cara masak. Apa pun yang penting kita nak kan rasa nasi ayam yang sedap dan kena dengan selera kita sebab rasa sedap sesuatu makanan itu subjektif bergantung pada selera setiap individu. 

Kali ini kami akan kongsikan resepi nasi ayam simple dengan tips nasi ayam lebih sedap dan lembut.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

ASAM PEDAS IKAN PARI

Ikan pari masak apa sedap?
Ikan pari sedap dimasak asam pedas, masak lemak cili api ataupun kari. Selain itu ikan pari juga boleh dibuat ikan pari masak sambal hijau, ikan pari masak kunyit, ikan pari masak asam rebus, ikan pari masak berlada, ikan pari masak sambal, kengsom ikan pari dan banyak lagilah.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

MASAK LEMAK PUCUK PAKU DAN BELIMBING BULUH

Masakan melayu kampung selalunya digemari masyarakat melayu kita, tidak kiralah sebagai menu makan tengah hari mahupun menu makan malam. Ada pelbagai jenis menu kampung ataupun masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba sebagai hidangan makan keluarga. 

Pucuk paku adalah salah satu sayur yang senang tumbuh melata dah boleh didapati di tepi-tepi jalan kampung pedalaman. Tetapi bila di bandar, seikat pucuk paku ini dijual dengan harga RM2 – RM3 seikat.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Read more

ROTI GARDENIA BOLEH BUAT APA? Roti Karipap Inti Kentang

Pelbagai menu boleh dibuat dari roti gardenia classic yang kosong tu. Untuk lebih banyak idea menu roti gardenia boleh klik sini.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Jika selama ni kita kena buat doh untuk buat karipap, kini tidak lagi. Jika anda kesuntukan masa ataupun kurang mahir menbuat doh karipap anda boleh sahaja menggunakan roti gardenia classic sebagai doh karipap. Cara buat roti karipap seperti di video bawah. Kami juga ada kongsikan sekali cara buat inti kentang untuk karipap.

 

BAHAN-BAHAN inti kentang untuk roti karipap
(adunan ini boleh dapat 20++ biji roti karipap)
-4 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan sedikit air)
-1/2 biji bawang holland
-3 ulas bawang putih
-7 biji kentang (potong dadu)
-1 bungkus roti gardenia saiz jumbo
-gula

Roti karipap sangat sesuai sebagai menu bekal sekolah anak, menu minum petang ataupun menu sarapan pagi. Digoreng panas-panas dan diminum bersama teh o kosong, wah sedapnya!

Resepi Kari Kepala Ikan Pekat Likat, Resipi Turun Temurun

Kari kepala ikan sentiasa di cari-cari di restoran mamak yang popular. Sepinggan kari kepala ikan boleh mencecah harga puluhan ringgit, bergantung pada saiz dan jenis ikan.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Ada pelbagai versi resepi kari kepala ikan seperti resepi kari kepala ikan azie kitchen, resepi kari kepala ikan che nom, resepi kari kepala ikan indian style, resepi kari kepala ikan mamak dan banyak lagi.

Kali ini kami akan kongsikan cara masak kari kepala ikan pekat likat, resipi turun temurun yang sedap hingga menjilat jari. Menu lazat untuk hidangan tengah hari mahupun hidangan makan malam resepi viral mudah dan sedap. Jika ada yang tanya, kari kepala ikan guna ikan apa? Untuk kali ini kami gunakan kepala ikan jenahak. Kepala ikan lain yang boleh diguna adalah seperti kepala ikan merah, kepala ikan tenggiri, kepala ikan salmon (hotel suka guna kepala ikan salmon) dan ikan-ikan lain yang bersesuaian.

 

BAHAN KISAR
-1 biji bawang merah besar
-2-3 ulas bawang putih
-1″ halia
-2 sudu besar rempah kari ayam
-3 sudu besar rempah kari ikan

BAHAN-BAHAN LAIN
-1 ketul kepala ikan kerabu
-1 sudu besar halba campur

-1 biji bwang merah besar (dihiris)
-2 ulas bawang putih (dihiris)
-2-3 tangkai daun kari
-1-2 sudu besar asam jawa (campur sedikit air, buang bijinya & jadikan pes)
-sedikit santan pekat
-bendi (ikut suka)
-tomato (*optional)

CARA MASAK
1.Masukkan halba campur dalam minyak

2.Masukkan daun kari & tumiskan hirisan bawang merah & hirisan bawang putih hingga layu
3.Kemudian masukkan bahan kisar
4.Tumis bahan kisar hingga pecah minyak
5.Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa & tambahkan air secukupnya
6.Masukkan garam bukit secukup rasa
7.Biarkan mendidih & masukkan kepala ikan kerapu dan biarkan ia masak
8.Setelah masak, terbalikkan sebelah lagi kepala ikan kerapu
9.Kacau perlahan-lahan supaya kepala ikan tak hancur
10.Apabila ikan sudah masak sekata, masukkan bendi
11.Biarkan beberapa saat sahaja kuah kari mendidih kemudian segera tutup api dan tutup dengan penutup periuk supaya bendi tak lembik
12.Siap dihidang!

Tips memasak kari kepala ikan sedap perlulah memastikan rempah yang ditumis betul-betul pecah minyak sebelum memasukkan air asam jawa dan air biasa. Jika rempah tidak pecah minyak, kuah kari akan terasa payau dan tidak sedap.

Seterusnya tips memasak kari kepala ikan supaya lebih sedap adalah dengan mencampurkan rempah kari ikan dengan rempah kari ayam. Campuran dua jenis kari ini akan menjadikan kuah kari lebih umphhh! Inilah resipi turun temurun yang sis amalkan.

Resepi Pulut Durian Santan @ Pulut Santan Durian

Pulut durian sangat sedap dimakan bersama kuah santan. Ada yang menggelarkannya pulut durian kuah santan atau pulut durian Kelantan.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Bayangkan anda menyuap seulas durian sedap seperti durian XO dengan rasa pahit-pahit manis, digaul bersama kuah santan dan sedikit hirisan gula melaka…nikmat tak terkata! Bagi yang tak suka durian pahit manis, boleh gantikannya dengan durian Musang King ataupun  IOI berisi tebal dengan rasa lemak-lemak manis. Namun jika dimakan bersama dengan durian kampung juga tidak kurang sedapnya.

 

BAHAN-BAHAN
-250g beras pulut
-200g santan
-garam
-beberapa ulas durian
-gula melaka (dihiris/ dicincang halus)

KUAH SANTAN
-250g santan
-garam

Tips memasak pulut dan cara mudah masak pulut kukus yang mudah boleh lihat video atas sampai habis. Cara kukus pulut tidaklah susah mana, cuma ada 2 step sahaja yang perlu diikuti. Selamat mencuba resepi viral mudah dan sedap ini.

Scroll To Top