aszulqa.com

MASAK LEMAK PUCUK PAKU DAN BELIMBING BULUH

Masakan melayu kampung selalunya digemari masyarakat melayu kita, tidak kiralah sebagai menu makan tengah hari mahupun menu makan malam. Ada pelbagai jenis menu kampung ataupun masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba sebagai hidangan makan keluarga. 

Pucuk paku adalah salah satu sayur yang senang tumbuh melata dah boleh didapati di tepi-tepi jalan kampung pedalaman. Tetapi bila di bandar, seikat pucuk paku ini dijual dengan harga RM2 – RM3 seikat.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

Bila membeli pucuk paku jadi persoalan pula, pucuk paku nak masak apa sedap?

Jadi kami beri idea antara masakan melayu kampung yang sedap dimasak dengan pucuk paku ialah pucuk paku masak belacan, pucuk paku goreng telur, pucuk paku tumis, pucuk paku goreng, pucuk paku masak air, kerabu pucuk paku dan paling banyak diperkatakan ialah pucuk paku masak lemak.

Jadi kami akan kongsikan resepi pucuk paku masak lemak cili api, lebih special kali ini ditambah dengan belimbing buluh. Belimbing buluh ni kalau tiada pun takpe, tapi sebab kami ada stok belimbing buloh maka kami masukkan sekali dalam masak lemak pucuk paku ni yang mana menambahkan lagi kesedapan menu kampung ini bila kuahnya ada rasa pucuk paku dan masam semulajadi dari belimbing buloh.

 

bahan-bahan masak lemak pucuk paku belimbing dan belimbing buluh:

  • 1 ikat pucuk paku
  • 200 ml santan kotak (nak guna santan segar pun boleh)
  • 300 ml air
  • 1 bawang merah (dikisar)
  • 5 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 5 cili api (dikisar)
  • 1 batang serai
  • belimbing buluh 
  • garam

 

Cara masak lemak pucuk paku dan belimbing buloh:

  1. Masukkan santan bersama air ke dalam periuk kemudian hidupkan api
  2. Masukkan bahan-bahan kisar dan kacau sebati
  3. Bila dah mendidih masukkan pucuk paku dan masak seketika
  4. Bila pucuk paku dah layu masukkan belimbing buluh dan kacau 5 saat
  5. Tutup api
  6. Siap dihidang!

Tips memasak masak lemak supaya masakan menjadi ialah perlu selalu mengacau masakan supaya santan tidak pecah minyak dan kuah nampak tidak cantik. Jangan guna api besar, sebaliknya guna api sederhana sahaja.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seven + three =

Scroll To Top