aszulqa.com

PULUT DURIAN: cara masak pulut guna rice cooker dan santan kotak buatkan pulut lembut berlemak tapi tak berkerak!

Musim durian Malaysia 2022 tiba lagi. Durian runtuh tahun ini menyebabkan harga durian jatuh dan mampu dibeli oleh ramai orang. Durian kampung dijual semurah RM5 sekilo. Dengan harga semurah itu, mesti ramai yang teruja nak beli durian kampung banyak-banyak. 

Selain enak dimakan begitu sahaja, durian kampung boleh dibuat pelbagai kuih tradisional melayu. Antara kuih berasaskan durian adalah seperti kuih seri muka durian, talam durian, cekodok durian, bingka durian dan banyak lagi. Antara resepi durian yang mudah dan cepat disediakan adalah bubur durian dan pulut durian. Jadi untuk entri kali ini, kami akan kongsikan resepi pulut durian dan cara memasak pulut hanya menggunakan rice cooker dan santan kotak sahaja.

 

Bahan-bahan pulut:
4 cawan beras pulut
air (sukatan lihat video)
1 cawan santan + sedikit garam
daun pandan

Cara masak pulut menggunakan rice cooker
-Pulut dibasuh macam biasa dan tak perlu direndam terlebih dahulu
-Masukkan air bersama beras pulut, air hanya paras pulut sahaja (jangan lupa daun pandan)
-Masukkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
-Bila dah masak, keluarkan pulut dan masukkan 1 cawan santan
-Gaulkan pulut dan santan supaya sebati (gaul manja-manja je ye)
-Kemudian masukkan kembali ke rice cooker dan masak sekali lagi
-Dah siap!

Bahan-bahan kuah santan:
500ml santan kotak
garam
daun pandan

Cara masak kuah santan kotak
-Masukkan kesemua bahan dan kacau hingga mendidih
-Kacau seketika kemudian tutupkan api
-Siap!

Bahan-bahan lain:
Isi durian
Gula melaka dihancurkan atau diracik-racik

Hidangkan pulut bersama kuah santan dan gula melaka. Selamat mencuba!

Resepi Pulut Durian Santan @ Pulut Santan Durian

Pulut durian sangat sedap dimakan bersama kuah santan. Ada yang menggelarkannya pulut durian kuah santan atau pulut durian Kelantan.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Bayangkan anda menyuap seulas durian sedap seperti durian XO dengan rasa pahit-pahit manis, digaul bersama kuah santan dan sedikit hirisan gula melaka…nikmat tak terkata! Bagi yang tak suka durian pahit manis, boleh gantikannya dengan durian Musang King ataupun  IOI berisi tebal dengan rasa lemak-lemak manis. Namun jika dimakan bersama dengan durian kampung juga tidak kurang sedapnya.

 

BAHAN-BAHAN
-250g beras pulut
-200g santan
-garam
-beberapa ulas durian
-gula melaka (dihiris/ dicincang halus)

KUAH SANTAN
-250g santan
-garam

Tips memasak pulut dan cara mudah masak pulut kukus yang mudah boleh lihat video atas sampai habis. Cara kukus pulut tidaklah susah mana, cuma ada 2 step sahaja yang perlu diikuti. Selamat mencuba resepi viral mudah dan sedap ini.

Scroll To Top