aszulqa.com

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1443H…Hari Raya Haji 2022 dapat kita berkumpul lagi

Assalamualaykum,
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1443H. Alhamdulillah, Hari Raya Haji 2022 tahun ini dapat kita berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara tercinta tanpa sebarang sekatan PKP lagi. Kebetulan pula tarikh hari raya haji 2022 jatuh pada hari minggu, jadi panjang sedikit cuti raya haji tahun ini.

Untuk anak perantauan yang tak dapat pulang beraya di kampung, jangan sedih-sedih jika tak dapat makan daging korban. Pelbagai hidangan daging boleh kita sediakan sendiri dengan resepi dan menu hari raya haji yang lengkap ini

Hari raya haji tahun ini disambut secara bersederhana. Tidak lengkap rasanya raya tanpa rendang, rendang ayam itu seakan sudah menjadi kewajipan setiap kali raya. Ada pula permintaan pulut kuning kukus, maka jadilah juadah pulut kuning bersama rendang ayam untuk menu hari raya haji tahun ini, alhamdulilliah.

 

Untuk resepi rendang ayam dan pulut kuning boleh klik video di bawah. Di dalam video, ada disertakan sekali tips masakan supaya pulut kuning berkilat dan lembut…cantik kejadiannya!

 

Read more

daging asam kunyit resepi daging simple…upgrade dari daging goreng kunyit

Daging goreng kunyit adalah resepi daging paling simple dimasak. Sedap dimakan bersama lauk berkuah yang lain. Namun jika inginkan sedikit kelainan daripada daging goreng kunyit anda boleh membuat sedikit penambahan bahan dengan memasaknya menjadi daging asam kunyit.

Read more

Ungkep daging resepi daging masakan jawa…rasa berempah!

Resepi daging ungkep ini adalah resepi daging masakan jawa. Resep daging ungkep jawa ini kaya dengan rasa rempah dan masakan ini tidak menggunakan santan. Boleh dikatakan rasanya seakan-akan rendang tapi bukan dia…hihiiii. Sesiapa yang belum pernah merasa ungkep daging ini pasti menekanya sebagai rendang, tetapi kemudiannya akan keliru kerana rasanya tak sampai macam rendang disebabkan tiada santan.

Read more

resepi daging goreng kicap pedas dan lazat…lauk simple tapi sedap!

Anda ada daging kat rumah dan nak masak resepi daging mudah dan sedap? Apa kata masak daging goreng kicap pedas yang simple dan senang dibuat ini.

Read more

RENDANG DAGING RESEPI: Menu Hari Raya Haji

Bagi peminat daging mesti amat sukakan resepi daging sebagai hidangan utama. Antara resepi daging yang sentiasa dicari seperti resepi daging masak hitam, daging masak merah, daging dendeng, daging masak kicap, daging goreng kunyit, daging black pepper, daging harimau menangis dan juga daging bakar.
Apatah lagi bila tibanya musim perayaan terutamanya hari raya Aidiladha, resepi daging pasti menjadi topik utama di mana-mana sahaja. Al-maklumlah daging korban yang banyak tu sampai dah tak tahu nak buat apa kan.  

Read more

Scroll To Top