Sayur peria mempunyai banyak khasiat pada kesihatan dan sedap dibuat masakan. Peria dipercayai dapat merawat penyakit kencing manis dan menyahkan toksin di dalam darah kotor jika dimakan dengan cara yang betul. Read more
resepi sayur mudah
sayur campur resepi mudah…campak-campak je apa yang ada kat dapur dah dapat menu sayur sedap!
Hidangan lauk pauk rasanya tidak lengkap tanpa menu sayur. Sayur goreng adalah resepi sayur paling mudah dimasak, hanya perlu menumis bawang dan menggoreng sayur.
MASAK LEMAK PUCUK PAKU DAN BELIMBING BULUH
Masakan melayu kampung selalunya digemari masyarakat melayu kita, tidak kiralah sebagai menu makan tengah hari mahupun menu makan malam. Ada pelbagai jenis menu kampung ataupun masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba sebagai hidangan makan keluarga.
Pucuk paku adalah salah satu sayur yang senang tumbuh melata dah boleh didapati di tepi-tepi jalan kampung pedalaman. Tetapi bila di bandar, seikat pucuk paku ini dijual dengan harga RM2 – RM3 seikat.
MASAK LEMAK PUTIH KUBIS/ Resepi Sayur Simple
Hidangan makanan selalunya tidak lengkap tanpa sayur baik untuk menu tengah hari mahupun menu makan malam. Ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang kita boleh pelbagaikan masakannya. Selalunya sayur-sayuran ini kita goreng tumis sahaja.