aszulqa.com

bukan telur rebus biasa…sup telur rebus resepi lain dari yang lain ni memang sedap dihirup

Jangan hanya goreng telur atau dadar telur, cuba masak dengan kaedah ini. Cubalah resipi telur rebus sup yang sedap dihirup hingga titisan terakhir. Dengan mempelbagaikan resepi telur, jadi tidaklah terasa bosan apabila setiap kali nak makan telur hanya digoreng dadar atau dibuat telur mata kerbau sahaja.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

Resepi telur rebus sup ini telah mendapat ribuan share di Resepi Viral Mudah dan Sedap.

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 daun bawang
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil cili merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap

Cara memasaknya:
– Potong daun bawang kecil-kecil, pindahkan ke dalam mangkuk
– masukkan garam, cili merah, cuka, minyak bijan, kicap
– sediakan 4 mangkuk kecil, tuang sedikit air, pecahkan telur ke dalam mangkuk
– masak air hingga mendidih, kecilkan api dan tunggu sehingga buih air hilang
– tuang telur perlahan-lahan, supaya putih telur tidak hancur dan terpisah dari kuning
– tutup dan masak dengan api perlahan, masak 5 minit separuh masak, 8-10 minit masak sempurna
– Tuangkan beberapa sudu air rebusan telur ke dalam mangkuk rempah untuk dijadikan sup, gaul rata kemudian masukkan telur rebus

Kredit: Mawar Silalahi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 3 =

Scroll To Top