aszulqa.com

NASI AYAM: Tips Nasi Ayam Lebih Sedap dan Lembut

Resepi nasi kegemaran ramai iaitu nasi ayam resipi. Ada banyak versi dan resepi nasi ayam dengan sedikit perbezaan bahan dan cara masak. Apa pun yang penting kita nak kan rasa nasi ayam yang sedap dan kena dengan selera kita sebab rasa sedap sesuatu makanan itu subjektif bergantung pada selera setiap individu. 

Kali ini kami akan kongsikan resepi nasi ayam simple dengan tips nasi ayam lebih sedap dan lembut.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

NASI AYAM resepi
Bahan-bahan???
A] bahan-bahan sup ayam
Air seperiuk (air kena banyak, sup nak guna untuk masak nasi & sambal cili)
1 kiub ayam
1 ekor ayam potong 4
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
6 inci halia (tumbuk kasar)
serbuk lada putih
serbuk lada hitam
daun sup (dihiris)
garam

A] Cara masak sup ayam
1.Masukkan air dalam periuk
2.Masukkan kiub ayam, bawang putih, halia, serbuk lada putih & hitam
3.Bila dah mendidih masukkan ayam, hirisan daun sup & garam
4.Masak selama 15minit
5.Tutup api & taburkan lagi hirisan daun sup
6.Keluarkan ayam & toskan

B] bahan-bahan nasi ayam
4 pot beras
Air sup
Butter
2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
2 inci halia (tumbuk lumat)
daun pandan
1 batang serai

B] Cara masak nasi ayam
1.Masukkan butter (tips nak sedap, gunakan butter lurpak @ butter anchor)
2.Tumiskan serai, bawang putih putih, halia & daun pandan hingga naik bau
3.Masukkan beras & kacau manja-manja je
4.Masukkan air sup (sukatan macam masak nasi biasa)
5.Masak dalam rice cooker

C] bahan-bahan sambal cili
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
air sup
cuka
sedikit gula
garam

C] Cara buat sambal cili – kisarkan kesemua bahan bersama air sup hingga hancur

D] bahan-bahann ayam goreng
ayam yang telah dimasak sup ditoskan
kicap pekat
kicap cair
lada hitam
garam

D] Cara buat ayam – perapkan ayam bersama semua bahan di atas sekurang-kurangnya 1/2 jam kemudian bolehlah digoreng hingga masak (goreng dalam minyak tenggelam)

E] Cara buat resepi kicap nasi ayam – ambil sos kicap perapan ayam tadi kemudian masak seketika atas api

F] Salad
salad
timun
tomato

Dah siap semua bolehlah dihidangkan!
Kredit: As Zulqa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × five =

Scroll To Top