aszulqa.com

Masak Lemak Putih Labu Hanya 4 Bahan : Cepat Dimasak, Senang & Sedap

Nak hidangan & masakan berkuah, masaklah resepi masak lemak putih labu kuning menggunakan hanya 4 bahan yang cepat dimasak, sangat senang & sedap dimakan. Tak perlu pening kepala dah nak masak lauk berkuah yang lain, cukup masak lemak labu kuning & ikan goreng atau ayam goreng dimakan bersama nasi panas dah cukup mengenyangkan. Apatah lagi jika dipadankan dengan sambal belacan & ulam-ulaman, makan sepinggan pun tak cukup jawabnya.

Selain labu, ada banyak jenis sayur masak lemak putih yang lain yang boleh digunakan seperti kubis, petola, cekur manis, pucuk labu, bayam dll. Antara yang menjadi kegemaran ramai seperti masak lemak putih taugeh, sayur lemak putih sawi, kobis masak lemak putih & masak lemak kubis telur. Nak senang & mudah boleh guna santan kotak, tapi kalau nak lebih sihat gunalah santan segar. Selain sayur masak lemak putih, ramai juga yang suka masak lemak putih soon yang senang dan tidak rumit. Ibu bekerja, suri rumah malahan orang bujang mesti suka resepi masak lemak putih 4 bahan ni yang zappp, zappp zappppp….dah siap!

Masak lemak putih ni sebenarnya sinonim dengan masak lemak putih kelantan ataupun dipanggil sayur lemak. Masak lemak putih juga boleh dikategorikan sebagai masakan simple, masakan kampung & masakan melayu yang evergreen. Jom kita lihat 4 bahan yang dikatakan tu….dan cara memasaknya.

BAHAN-BAHAN

  • 1/3 biji labu (potong kecil ikut saiz yang diingini)
  • 1 biji bawang merah besar (dibelah 6)
  • 1 sudu besar lada hitam @ black pepper
  • 1 1/2 mangkuk santan segar (1 mangkuk santan pekat, 1/2 mangkuk santan cair)

CARA MASAK

1.Masukkan 1/2 mangkuk santan cair & 1/2 mangkuk santan pekat ke dalam periuk
2.Sentiasa kacau & masak santan hingga mendidih
3.Setelah mendidih masukkan kesemua labu, bawang merah & lada hitam
4.Teruskan kacau (perlu selalu dikacau supaya santan masak dengan canntik)
5.Apabila labu sudah lembut & empuk, masukkan baki santan pekat tadi dan kacau
6.Kemudian masukkan garam bukit secukup rasa, kacau sekejap dan bolehlah ditutup api

Haaaa….kan dah siap masak lemak putih labu guna 4 bahan sahaja. Ringkas bukan?

Nak lebih jelas SUBSCRIBE video masakan kami disini

AYAM BUTTER MILK @ AYAM BUTTER @ CHICKEN BUTTER: Creamy & Cheesy

Ayam butter milk atau dikenali juga sebagai ayam butter @ chicken butter sangat sesuai sebagai menu masakan cepat, pantas & ekspress. Rasanya yang creamy & cheesy pasti disukai anak-anak & seisi keluarga.

 

 

Bahan-bahannya mudah & tak banyak, cara masak juga ringkas & simple. Ia boleh dijadikan menu masakan kegemaran seisi keluarga juga sebagai menu masakan penyelamat waktu kesuntukan masa. Contohnya untuk ibu-ibu bekerja yang baru pulang dari tempat kerja & nak kena masak dengan cepat, juga jika ada tetamu yang datang bertandang tanpa memberitahu terlebih dahulu.

Ayam buttermilk @ ayam butter @ chicken butter juga sedap jika digandingkan dengan menu western food yang lain seperti fries, wedges, spaghetti dll atau sedap juga dimakan bersama nasi putih.

 

 

Sebelum sos butter milk dimasak, ayam perlu disalutkan dengan tepung terlebih dahulu kemudiannya digoreng. Setelah itu, barulah sos butter milk dimasak.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil-kecil)
  • tepung bestari original + tepung bestari spicy
  • butter @ mentega
  • 1/2 bawang holland (potong dadu)
  • 2 cili merah (dihiris) (*TIPS MASAK: selalunya orang guna cili padi, tapi saya gantikan dengan cili merah supaya kurang pedas & anak-anak boleh makan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu (susu tepung full cream dibancuh dengan air) boleh juga gunakan susu cair atau
  • susu segar
  • 2 keping cheese

Nak tengok sukatan yang tepat & cara masak dengan betul SUBSCRIBE sini

CARA MASAK
1.Golek-golekkan ayam kedalam campuran tepung bestari original + spicy
2.Panaskan kuali & goreng ayam hingga masak keemasan kemudian angkat ketepikan
3.Dalam kuali lain, cairkan butter @ mentega
4.Tumiskan bawang holland hingga layu
5.Masukkan hirisan cili merah & daun kari
6.Masukkan setengah cawan susu & kacau sebati
7.Masukkan cheese keping
8.Kemudian perasakan dengan garam bukit & sos butter milk sudah siap!
9.Bolehlah ditaburkan ke atas ayam goreng tadi & sedia untuk dimakan seisi keluarga

TIPS MEMASAK: Seeloknya selepas masak terus dihidang & dimakan kerana jika dibiarkan terlalu lama, ayam akan kurang sedap kerana telah kembang di dalam sos buttermilk tadi.

CARA MASAK SPAGHETTI BOLOGNESE AYAM SIMPLE

Cara masak spaghetti bolognese ayam simple ni rasanya dah ramai yang pandai. Rasanya ramai yang dah biasa google resepi spaghetti bolognese Chef Wan, resepi spaghetti bolognese Che Nom, resepi spaghetti bolognese Azie Kitchen dan banyak lagi portal masakan atau youtuber yang lain.

 

 

Pendek kata, tepuk dada tanya selera. Selera masing-masing, cara masak spaghetti bolognese ayam simple ini boleh diolah ikut tekak sendiri.Juga sebenarnya, boleh je mengikut apa aje bahan yang ada dalam peti ais korang waktu tu. Macam kat rumah ni time tekak rasa nak makan spaghetti bolognese ayam, cendawan shitake tiada….yang ada cuma saderi. Jadi kita tukar cendawan shitake dengan saderi dan outcome nya……wallah! not bad at all. Yummy… 

 

 

Jika dah bosan makan ayam…ayam cincang di dalam spaghetti ini boleh ditukar kepada daging fresh dicincang sendiri atau ‘minced beef’ dalam plastik yang boleh dibeli di pasaraya atau daging  burger ramly atau ‘meatball’.

 

 

Tutorial & cara masak spaghetti bolognese simple ini juga ada ditunjukkan step by step di youtube klik SUBSCRIBE

Bahan-Bahan:

  • Segenggam ayam cincang
  • 1 biji bawang merah potong dadu (sebaiknya guna bawang holland, tapi tiada stok waktu ni)
  • 1 batang carrot (potong dadu)
  • 1 capsicum (potong dadu)
  • 1 batang saderi (dipotong)
  • garam bukit secukup rasa
  • 1 botol sos bolognese (traditional)
  • mixed herbs
  • 1 pek spaghetti (direbus hingga lembut)

Cara Memasak:

  1. Masukkan ayam cincang & kacau hingga kekuningan. Kemudian tumiskan bawang yang telah dipotong dadu tadi
  2. Masukkan 1 botol sos bolognese ke dalam periuk & tambahkan air mengikut citarasa masing-masing
  3. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan potongan sayur carrot, capsicum & saderi dan gaul sebati
  4. Masukkan mixed herbs & biarkan mendidih
  5. Akhir sekali masukkan garam & gaul sebati
  6. Hidangkan spaghetti yang telah siap direbus bersama kuah sos spaghetti ayam yang telah siap dimasak ini
  7. Taburkan chia seed (gambar bawah) ke atas spaghetti bolognese bagi menambahkan khasiat hidangan.*chia seed boleh dibeli di pasaraya,cari di bahagian organik.

 

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP [Ayam Berkuah Tanpa Santan]

Resepi ayam masak ungkep, ayam berkuah tanpa santan ini dah berbelas tahun saya gunakan & menjadi kegemaran seisi keluarga. Walaupun ada 1001 resepi masakan ayam ungkep yang lain, saya tak pernah cuba kerana ayam ungkep yang ni dah cukup sedap & digemari suami & anak-anak.

 

 

Kadang-kadang tekak kita ni rasa nak makan masakan yang berempah tapi kalau nak masak rendang rasanya macam komplikated sedikit sebab memerlukan banyak bahan & masa yang lama. Lagipun tak semua kanak-kanak suka makan rendang. Sebagai ibu ni, kitalah yang kena bijak pilih menu yang digemari seisi keluarga & mudah dimasak. Maka resepi ayam berkuah tanpa santan inilah jawapannya! ayam ungkep…

Resepi ini sudah diolah menjadi kurang pedas atau tidak pedas untuk anak-anak supaya ia menjadi masakan ‘mesra seisi keluarga’.Jika menurut resepi asalnya, perlulah diletak banyak cili padi supaya pedas & lebih umphhhh!

Seringkali bila dihidang kepada kawan-kawan atau tetamu yang datang bertandang ke rumah, mereka akan ‘jatuh cinta’ pada suapan pertama lauk ini. Mereka selalu tertanya-tanya masakan apakah ini kerana rasanya yang berempah tetapi bukan rendang, ada sedikit kuah yang pekat tetapi tidak bersantan (itulah resepi ayam berkuah tanpa santan).

 

 

Sebenarnya, ungkep ayam ini adalah masak ayam resepi mudah dan simple di antara resepi lauk pauk berasaskan ayam. Bahan-bahannya agak ringkas & kebanyakan masa ada di dapur kita.Cara masak ayam ungkep juga taklah susah mana.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 Sudu Besar (SB) halba
  • 1 SB jintan putih
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 2-3 biji kentang
  • garam bukit secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :
    • 2 biji bawang merah besar
    • 3″- 5″ kunyit hidup
    • 1″ halia
    • 2 biji cili padi (jika suka pedas, lebihkan lagi)

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan minyak masak. Sebelum minyak panas, terus masukkan halba dan jintan putih kemudian dikacau sekata. Masak dengan api perlahan sahaja. Pastikan sentiasa kacaurempah ini kerana jika hangit atau minyak terlebih panas akan menyebabkan ungkep menjadi pahit (*Ini tips penting!)
  2. Apabila rempah tadi sudah berbau semerbak bolehlah dimasukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan potongan ayam & kacau sebati.Tambahkan air secukupnya.
  4. Kemudian tutuplah masakan tadi dengan penutup periuk supaya rempahnya lebih meresap & ayam lebih cepat empuk. Kalau tidak ditutup masakan ayam ini maka tiadalah namanya UNGKEP kerana ungkep dalam bahasa jawa bermaksud tutup.
  5. Sesekali bolehlah dibuka penutup periuk untuk mengacau bagi mengelakkan hangit (ingat! waktu ni masak dengan api perlahan sahaja)
  6. Tambahkan air lagi jika korang suka berkuah & masukkan potongan kentang.
  7. Tutup lagi sekali masakan ini dengan penutup periuk. Sesekali dikacau & masaklah sehingga pecah minyak.
  8. Apabila sudah cantik pecah minyaknya, perasakan dengan garam bukit pink (pilihan lebih sihat). Kemudian taburkan hirisan daun kunyit& kacau sehingga mesra.Dah boleh tutup api waktu ni.
  9. Dan siap resepi ayam berkuah tanpa santan; ayam masak ungkep kita! Sedia untuk dihidang seisi keluarga.
  10. Jika resepi simple, sedap & mudah ini bermanfaat untuk korang……..teruskan SHARE di fb korang or group masakan, takut lain kali cari posting ni tak jumpa pulak kan.

 

Saya berbesar hati meluangkan masa untuk buat video dan tunjuk step by step cara masak ungkep  ayam untuk korang supaya lebih senang nak follow. Rugi tak SUBSCRIBE sebab lebih banyak lagi resepi best akan di upload kat chanel youtube ni

Scroll To Top