aszulqa.com

TIPS PULUT KUNING TAHAN LAMA & TAK CEPAT BASI

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF

Tips pulut kuning tahan lama dan tak cepat basi ini adalah perkongsian dari fb Maz Samad dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. 

Berikut adalah tips supaya pulut kuning tahan lama dan tidak cepat basi:

1. Rendam beras pulut dengan air sejuk
2. Masukkan garam kasar 2 atau 3 butir
3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut supaya pulut cantik berkilat setelah dimasak nanti
4. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 6 jam
5. Pastikan sebelum di rendam wajib di bilas atau dibilas sehingga hilang air keruh. Bilas hingga air jernih, kemudian baru direndam
6. Semasa rendam letak sekali 2 sudu kunyit serbuk

Ini pula kaedah kukus beras pulut
1- Kukus pertama
Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak masak dan dikukus selama 10 minit.

2. Air Kukusan.
Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru letakkan pengukus beras pulut. 
Letakkan 3 atau 4 helai daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan atas.

3. Semasa mengukus

Kukusan pertama selama 10 minit, kemudian rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2. Kukusan kali kedua selama 20 minit. Campurkan kesemua bahan-bahan di bawah untuk kukusan kali ke-2:

 

  • 1/2 – 1kg pulut dicampur bersama:
  • 1/2 cawan minyak atau marjerin
  • pewarna kuning telur
  • 200ml santan
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
.
4. Petua beras pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau marjerin bagi berkilat pulut kuning tersebut. Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi menaikkan lagi seri pulut tersebut.
Pulut kuning akan nampak sebiji-sebiji bila dihias. Tidak perlu risau walaupun pulut kuning nampak berbiji tapi tekstur sangat lembut.
Kredit: Maz Samad

Boleh juga lihat cara masak pulut kuning seperti di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 − 3 =

Scroll To Top