aszulqa.com

sayur campur resepi mudah…campak-campak je apa yang ada kat dapur dah dapat menu sayur sedap!

Hidangan lauk pauk rasanya tidak lengkap tanpa menu sayur. Sayur goreng adalah resepi sayur paling mudah dimasak, hanya perlu menumis bawang dan menggoreng sayur.

Jika di dapur anda cuma ada sayur kubis, carrot dan kacang panjang bolehlah anda buat sayur goreng campur versi apa yang ada kat dapur ni. Sangat mudah, hanya perlu campak-campak sahaja, tau-tau dah siap dan boleh dihidang. Pilihan sayur tidak semestinya perlu sama seperti yang kami guna, anda boleh guna apa sahaja sayur yang bersesuaian yang ada kat dapur ataupun peti sejuk anda.

bahan-bahan:
bawang merah (dihiris mayang)
bawang putih (diketuk)
1 cili merah (dihiris mayang)
kacang panjang (dipotong)
carrot (dipotong)
kubis (dipotong)
serbuk kunyit *optional
garam

cara masak sayur goreng:
1] tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga naik bau
2] masukkan kesemua potongan sayur 


3] kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam


4] bila semua dan sebati bolehlah tutup api
5] siap! 

Kredit : As Zulqa

  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one + eleven =

Scroll To Top