aszulqa.com

kerabu pucuk paku menu diet sihat

Wanita dan diet tidak dapat dipisahkan. Mesti ramai di antara kita yang sedang ber diet, cuba ber diet ataupun pernah ber diet atas banyak sebab. Faktor paling banyak orang ingin berdiet adalah untuk kurus, namun tidak kurang juga yang ber diet untuk sihat tubuh badan.

IKUTI UPDATE TERKINI SECARA EKSKLUSIF:

 

Nak ber diet bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan disiplin yang tinggi apatah lagi jika kita ini memang ‘kaki makan’. Tidak hairanlah menu diet sentiasa di cari-cari di carian google sehingga 1.9 billion carian sepanjang September 2022.

Bagi anda yang ingin ber diet, apakata cuba resepi yang tidak bergoreng ini tapi tetap sedap. Anda hanya perlu celur sayuran ini, boleh dimakan bersama segenggam nasi putih mahupun diratah begitu sahaja. 

Resepi kerabu pucuk paku kerang ini adalah perkongsian Epy Za dan telah mendapat banyak share di Resepi Viral Mudah dan Sedap. Bahan-bahannya sangat minimal dan hanya perlu celur & rebus, kemudian gaulkan kesemua bahan untuk siap menikmati hidangan kerabu pucuk paku ini.

Bahan-bahan:
Pucuk paku (dicelur dahulu)
Kerang (direbus dahulu)
Cili besar, cili padi & bawang putih (ditumbuk)
bawang merah (dihiris)
Tomato (dipotong kecil)
Cili padi (dihiris kecil)
Limau nipis (perahkan dalam bahan nanti)
Sos ikan
Garam..gula..serbuk perasa

*Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sebati, kemudian boleh di hidangkan. Siap!

Kredit: Epy Za

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 − 1 =

Scroll To Top