Hidangan makanan selalunya tidak lengkap tanpa sayur baik untuk menu tengah hari mahupun menu makan malam. Ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang kita boleh pelbagaikan masakannya. Selalunya sayur-sayuran ini kita goreng tumis sahaja.
Tetapi ada kalanya kita juga inginkan sayur yang berkuah jika lauk yang dimasak cuma bergoreng contohnya ayam goreng atau ikan goreng. Jika anda ada sayur kobis dekat rumah dah inginkan hidangan berkuah, anda boleh buat masak lemak putih kubis yang sangat simple dan mudah tapi makan bertambah-tambah! Bahan-bahan masak lemak kobis pun sedikit je, tak renyah untuk membuatnya. Padankan pula masak lemak putih kobis ini dengan sambal belacan, ikan masin, ulam-ulaman dan ikan goreng mesti makan bertambah-tambah…yang diet tu boleh ke laut dibuatnya!
bahan-bahan masak lemak putih kubis:
- 1/4 kubis
- 2 biji bawang merah besar
- 1 tangkai cili merah
- santan kotal 200ml + air 300ml
- lobak merah (*opsyenal)
- garam
tutorial cara masak lemak putih kobis, nantikan videonya ya!
Kobis masak lemak putih ini adalah antara resepi sayur yang paling mudah dan simple. Dengan hanya beberapa bahan dan cara masak yang mudah pasti anda akan menyukainya untuk hidangan keluarga yang ringkas.