aszulqa.com

kerabu pucuk paku, tauge, kerang…menu orang dulu-dulu & menu diet sihat!

Dengan hanya menggunakan bahan-bahan simple sahaja, kita sudah boleh adunkan menjadi menu sihat. Selain menjadi menu diet sihat, kerabu pucuk paku tauge dan kerang ini adalah antara menu orang dulu-dulu ataupun menu kampung yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Bahan-bahan:
tauge
pucuk paku (celur sekejap)
kerang (direbus terlebih dahulu)
bawang merah (dihiris)
cili padi
kelapa parut (disangai sekejap supaya kerabu tak cepat basi)
*kelapa parut boleh juga digantikan dengan kerisik
garam
gula
limau nipis

Cara buat kerabu pucuk paku tauge dan kerang sangat-sangatlah mudah, cuma perlu campurkan kesemua bahan dan gaulkan bagi sebati, kemudian seimbangkan rasa masam, pedas, manis dan masin ikut selera masing-masing.

Tutorial cara buat kerabu pucuk paku tauge dan kerang boleh klik sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + seven =

Scroll To Top