Jiran anda ada bagi batang keladi tetapi anda tidak tahu nak masak apa dengan batang keladi?
Ataupun anda balik kampung mertua dan mak mertua bagitau ada selonggok batang keladi yang baru diambil dan suruh anda masak…..maka jenuhlah anda meng ‘google’ batang keladi masak apa sedap?
Jangan risau, kami akan kongsikan resepi batang keladi asam rebus ataupun dipanggil batang keladi asam pedas. Kenapa dipanggil asam rebus? Ini kerana, teknik masakannya tidak memerlukan minyak masak untuk menumis tetapi hanya menggunakan teknik masakan merebus. Sangat sesuai sebagai menu sihat dan menu diet.
Kami juga akan kongsikan cara siang batang keladi dan petua supaya batang keladi tidak gatal. Asam pedas batang keladi yang sedap mestilah cukup rasa masam, pedas dan masinnya.
Bahan-bahan:
Batang keladi
1-2 asam keping
Segenggam daun kesum
Air
*boleh tambah ikan bilis jika suka
Bahan-bahan kisar:
10 tangkai cili kering
1 bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
Tutorial cara masak asam pedas batang keladi klik sini.
Asam pedas batang keladi atau asam rebus batang keladi adalah menu orang dulu-dulu yang berkhasiat dan sihat. Walaupun resepi lauk kampung ini simple, tetapi sangat membangkitkan selera bila dimakan bersama nasi panas, ikan masin, ikan goreng dan ulam-ulaman. Asam pedas batang keladi sedap dibuat menu masakan tengahari.