aszulqa.com

BUFFET RAMADHAN LANTERA VENUE, SHAH ALAM/ Buffet Ramadhan Bawah RM100

Masih mencari-cari buffet ramadhan bawah RM100. Kali ini kami bantu lagi anda untuk buat pilihan dengan berkongsi tempat berbuka puasa best, bukan sahaja best malahan juga menarik. Jom kami kongsikan food review buffet ramadan Lantera Venue di Cahaya SPK, Shah Alam.

 

Apa yang menarik kat sini? Dengan kata lain, USP ramadan buffet Lantera Venue:

  • Buffet outdoor ‘disirami’ cahaya lampu yang menarik
  • Signature menu kat sini “daging harimau menangis”…haaaa, korang pernah jumpa kat buffet lain?
  • Banyak ‘live cooking’ station seperti daging harimau menangis, ikan bakar, roti john, roti jala, yong tau foo…eh banyak lagilah (tengok full video sini)
  • Ada live band, makan sambil dengar alunan muzik dan suara merdu penyanyi…buffet lain atas RM100 pun belum tentu ada live band
  • Kambing golek of course lah ada
  • View ke swimming pool….best!
  • Banyak port OOTD….instafamous, tiktokers mesti suka ni

Klik sini untuk lihat full video suasana buffet ramadan Lantera Venue.

 

 

Buat julung kalinya, Lantera Venue mengadakan buffet ramadhan tahun ini dengan bertemakan menu masakan melayu kampung. Dapat dilihat pada menu lauk pauk kampung seperti siput sedut masak lemak, labu pucuk manis masak lemak, masak lemak rebung, pelbagai kerabu seperti kerabu jantung pisang, ayam berlado, terung berlado, ulam-ulaman. Yang mana rindukan menu masakan kampung asli setelah 2 tahun PKP dan tidak ber buffet bolehlah singgah ke sini mengubat kerinduan. Kuih muih tradisional melayu juga banyak seperti lepat pisang, lepat ubi kayu, kuih tepung pelita, talam keladi, talam cendol dan lain-lain lagi. View dari kaunter kuih muih ini sangatlah cantik, menghadap terus ke kolam. Cantik juga buat port OOTD sini.

 

Kalau dah bosan ber buffet ramadan di hotel yang ber air cond tu, atau pun nak rehat dari masak untuk berbuka puasa di rumah, sesekali bolehlah tukar angin berbuka puasa dengan suasana outdoor macamni. Outdoor bukan sebarang outdoor, tapi disusun atur dan dihias dengan cantik hasil deko mantap dari Mahligai Creative Weddings. Makan ramai-ramai satu family ataupun sanak saudara ataupun satu pejabat pun sangatlah boleh di sini kerana ruangnya besar dan boleh memuatkan meja yang besar juga. Waktu kami datang berbuka puasa di sini pun banyak table yang datang secara grouping, meriah & seronok makan ramai-ramai!

 

Buffet ramadhan Lantera Venue ada dua tingkat, di tingkat atas lebih luas dan banyak meja. Tingkat atas ada kaunter nasi dan lauk pauk, chocolate fountain, keropok & kerepek, aiskrim. Selain itu, live band juga terletak di tingkat atas. Manakala untuk kaunter ‘live cooking station’ kesemuanya terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan swimming pool. Surau dan tandas juga di tingkat bawah.

 

Menu yang korang wajib cuba semestinyalah daging harimau menangis. ‘Menangis’ makan ni sebab sedap sangat. Tambah-tambah lagi kalau duduk di table bersebelahan dengan swimming pool….sambil makan, sambil view ke kolam, sambil dengar muzik dari live band. Fuh! Kalau tak nak bayangkan, korang kena cepat-cepat pergi booking untuk rasai sendiri pengalaman berbuka puasa di Lantera Venue ni.

 

Menu lauk pauk kampung pun wajib korang cuba, owner tempat ni cakap punyalah susah nak dapatkan stok siput sedut, rebung dan juga bahan-bahan masakan melayu kampung yang lain dari pasar. Rugilah korang kalau tak makan lauk pauk kampung yang sedap ni.

Boleh dikatakan buffet kat sini tak kedekut bahan dan menggunakan bahan berkualiti seperti roti john (sos thousand island pun ada), char kuew teow, daging harimau menangis, kambing golek seekor besar tau & air balang jangan dilupa. Air balang cukup lemak manisnya, takdelah cair dan tawar macam sesetengah buffet lain. Air jagung, air keladi, teh ais, air sirap, air tebu, air kosong. Selain air balang, air panas pun ada iaitu teh tarik dan nescafe tarik. Cuma teh tarik tu mungkin boleh improve lagi kasi kaw dan ada rasa teh barulah nama teh tarik.

Oh ya! dimsum dan pau pun sedap. Kanak-kanak pula mestilah suka dengan coklat fountain dan aiskrim….ni kaunter aiskrim memang selalu orang beratur tak kira kanak-kanak mahupun dewasa. Laku keras! Sewaktu kami ke sana, makanan memang mencukupi…tiada istilah makanan tak cukup. 

Owner ada beritahu, setiap sabtu dan ahad ada pertunjukan bunga api, mesti meriah kan! Kami tak merasa sebab kami datang hari biasa.

Klik sini untuk lihat full video suasana buffet ramadan Lantera Venue.

 

HARGA BUFFET RAMADHAN 2022 LANTERA VENUE:
DEWASA          RM79 (BOOKING ONLINE)
KANAK-KANAK RM39 (BOOKING ONLINE)

Sebarang pertanyaan dan tempahan buffet ramadhan Lantera Venue klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + three =

Scroll To Top