GLAMHALL DAMANSARA

Jika anda sukakan lokasi strategik di tengah-tengah bandar Shah Alam yang berdekatan dengan ‘shopping’ kompleks dan pelbagai fasiliti lain anda patut memilih iftar buffet Westside Coffee sebagai tempat berbuka puasa anda tahun ini. Dengan harga semurah RM65++ ada boleh menikmati kambing grill/ kambing bakar yang dihidangkan setiap hari untuk pengunjung Ramadan bufet Westside Coffee.
Westside Coffee terletak di Ibu Pejabat PKNS iaitu di Laman PKNS, Shah Alam. Bufet Ramadannya bercitarasa Nusantara hasil ‘air tangan’ Chef Fairus & pasukannya.
Terdapat 2 ruang makan iaitu ruang makan luar dan ruang makan dalam yang berhawa dingin. Tempatnya selesa dan tidak sesak.
Dua tahun Ramadan sudah berlalu sejak kita dilanda pandemik wabak Covid19. Tahun ini memasuki tahun ketiga Ramadan, kita semua menjalani rutin harian dalam wabak virus ini, dan bermula 1 April 2022 yang lepas negara kita sudah memasuki fasa endemik Covid19.
Jadi rutin berbuka puasa tahun ini boleh berjalan seperti biasa dan tiada lagi sekatan PKP seperti 2 tahun yang sudah. Bolehlah kita menarik nafas lega untuk menikmati juadah berbuka puasa buffet dalam masa yang sama turut patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.