aszulqa.com

durian paling murah selangor dan durian percuma untuk ibu mengandung

Musim durian tiba lagi. Tahun 2022 menyaksikan musim raja buah ini mengalami penurunan harga yang banyak. Satu rahmat buat penggemar durian yang selama ini kempunan nak makan durian yang setiap tahun mengalami kenaikan harga.

 

Musim durian 2022 Malaysia yang menjadi pada Jun tahun ini menyebabkan banyak peniaga durian menawarkan harga yang murah berbanding beberapa tahun yang lepas. Harga durian terkini 2022 iaitu durian kampung boleh dibeli pada harga RM5 satu kilogram, dah macam beli harga borong…murah bukan?!

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)

 

Antara variasi durian yang dicari-cari ialah durian kampung, durian udang merah, durian ioi, durian XO, durian D24, durian hajah hasmah dan juga durian premium seperti durian black thorn (durian duri hitam), durian ochee, durian tekka dan juga durian musang king.

Kesedapan setiap durian adalah bergantung pada selera dan citarasa setiap individu, kerana rasa sedap itu subjektif. Ada yang suka rasa manis, berlemak ‘creamy’ namun ada pula yang gemarkan rasa pahit, manis dan berlemak ‘creamy’.

 

Seorang pemilik kedai durian Rizki Adri Andri Zainintawa, 29 menawarkan durian percuma untuk ibu mengandung tanpa syarat! Durian percuma yang diberi bukanlah hanya durian kampung, tetapi tahun ini ibu mengandung boleh sahaja memilih durian udang merah ataupun durian ioi Hajah Hasmah. Wah ! beruntung ibu mengandung, bagi yang mengidam tu sekurang-kurangnya tertunailah hasrat nak makan durian. Tapi jangan makan banyak sangat ye, ibu mengandung perlu berpada-pada makan durian takut nanti sangkut GDM pula almaklumlah durian ni tinggi gula. Orang tua-tua pun tak menggalakkan ibu mengandung makan durian…’tajam’ katanya, kalau di awal kehamilan takut keguguran pula kalau rahim tak kuat. Bak kata orang tua-tua, makan buat rasa-rasa je, asal lepas kempunan durian dah cukup.

 

Menurut Rizky selain menjual durian, mereka juga ada menjual cendol durian yang boleh dinikmati di kedai Rizky Durian Kota Damansara ini.

Durian yang dijual pula boleh dibeli dari harga semurah RM5 sekilogram untuk durian kampung gred B. Manakala durian kampung gred A ialah RM9 sekilogram dan durian kampung kahwin RM12 sekilogram.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati durian murah 2022 kerana belum tentu tahun hadapan harga durian dapat semurah ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − 1 =

Scroll To Top