aszulqa.com

BUFFET RAMADHAN 2022 MURAH_Iftar di Talia World, Shah Alam

Iftar di Talia World, Kampung Melayu Subang antara buffet ramadhan 2022 murah dan mampu milik serendah RM65 sahaja. Antara buffet ramadhan bawah RM100 yang boleh dicuba.

Tarikh datang: 9 April 2022 (Sabtu)
Booking early bird, dapat RM55 (harga biasa RM65) dewasa. Kanak-kanak RM35.

Sampai je di Talia World, staff akan sambut depan pintu, check nama dan terus bawa ke meja. Meja kena booking awal kalau weekend. Tak pasti ada walk in atau tak, tapi semua meja dah ada nama.
Benda best pasal iftar di Talia World adalah.
1. Pilih Talia sebab tak crowded. Sangat sesuai kalau bawa anak-anak atau orang yang berusia.
2. Makanan superb!!! Semua benda sedap. Nasib je lah perut 1 je, rasa nak makan semua benda je.
3. Makanan habis je, terus akan di topup. Kalau dessert dah habis, dia ganti dessert lagi sedap. Dessert pudding custard dia, macam Komugi punya.. So delicious!!! 3-4 kali bertambah makan.
4. Surau dan tandas bersih. Dan sangat sangat dekat dengan dewan makan. Beberapa langkah kat luar dewan.
5. Ada live band, suara sedap wooo.. Siapa birthday, memang penyanyi dia akan nyanyikan lagu birthday live.
6. Kambing golek ada (my priority this time, bila cari buffet iftar kena ada kambing golek).
7. Boleh duduk sampai jam 10 malam, lepas maghrib, boleh duduk-duduk layan live band dan teh tarik.
8. Tak perlu takut kena campak duduk kat luar, sebab semua meja akan dalam bangunan dan siap ada nama. (Kena booking awal).
9. Staff sangat professional dan friendly. Nak balik staff akan hantar dengan senyuman.
10. Meja memang akan clear sentiasa, staff Talia banyak untuk bersihkan meja.

Sesiapa berkenan tu, sebelum datang, memang kena booking. Sebarang pertanyaan, info lanjut dan tempahan klik sini.

Kredit: fb Nisa Paad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − ten =

Scroll To Top