aszulqa.com

BUFFET RAMADHAN IBIS HOTEL KLCC

Saya book 3 hari sebelum Ramadan to get early bird rate RM60.00 per head. Senang whatsapp saja untuk book, bayar dan bagi nama. Masa bufet bagi saja nama dan boleh enjoy bufet. Tak perlu beratur lama-lama masa nak masuk. Restoran ni di tingkat 10, dari parking kene turun ke lobi dulu dan tukar lift naik ke tingkat 10…Parking free ya.
Hidangan Istimewa of course kambing golek seekor..ni beratur panjang ya..tp insyaallah semua dapat..side dishes kentang dan sayur grill camtulaa..sedap cuma sos dia saja tak berapa kick. Ade juga option if nak makan kambing dengan nasi arab.

Lauk pauk melayu ngan kerabu semua..ada juga nasi impit,rendang,satay..kalau noodles masa time saya die serve mee jawa, mee goreng sotong..goreng-goreng cekodok, jemput-jemput pun ade..ade ais kacang, cendol, aiskrim malaysia, apam balik, kuih muih dan kek..Teh tarik ade..cuma bancuhan pertama dan kedua tak konsisten..tp rase ok la..tak minum teh takpe sbb mesin kopi pon ade..minuman tak banyak pilihan ade dalam 4 jenis saja tak silap..Setakat 8.30 malam makanan utama dan air masih di refill dan boleh duduk sampai pukul 10 ya.

Space besar tapi ade area yang padat..masuk berbuka puasa siap palu gong..ada persembahan muzik tapi sebab meja saya hujung-hujung so tak berapa nampak sangat tapi pilihan lagu memang ok. Nak solat pon surau disediakan.

Taste die sederhana la bagi saya..tapi suasana, view, pilihan makanan dan harga menutup taste yang sederhana tu.

Food and cutleries arrangement tu saya rasa mungkin boleh ditambah baik. Pinggan jauh dari station utama kambing golek belakang tmpat duduk orang yang dah crowded…dah kene dok mencelah tepi-tepi orang..mungkin boleh bawa ke depan sikit tempat cutleries..and station air pon ada satu je kat tengah-tengah..yang duduk wing hujung-hujung ni takde station air. Dicadangkan buka station air kat dedua wing supaya tak beratur panjang dan crowded kat tengah-tengah.

Kesimpulannya, Ibis hotel KLCC buffet ramadan bawah Rm100 ni saya puas hati dan bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️ Apapon itu pandangan saya. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi maka dapatla pergi buffet.

Kredit: fb Farra Amirul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 + 4 =

Scroll To Top