aszulqa.com

BUFFET RAMADHAN RESTORAN CHEF WAN – De.Wan 1958 by Chef Wan (The Linc KL)

Tak dinafikan, restoran chef wan ni memang luar biasa. Saya tak berapa suka nak buka puasa buffet semasa bulan ramadhan sebab selalunya masakan buffet kat hotel 5 bintang macam mana pun memang masakan tak sedap/tak cukup rasa untuk asal siap je. Bawa orang rumah cuba makan sini sebab dia teringin nak mencuba.

 

Apabila sampai di buffet ramadhan restoran chef wan, saya diiringi ke meja dan diberikan sampul raya. Staff ramai untuk kawal semua seksyen makanan. Tepat 7:05PM, semua orang serbu untuk ambil lauk makanan. Paling ramai orang ambil dulu adalah lauk seperti ketam, udang, sotong dan ikan siakap masak taucu yang besar gila. Rasanya siakap RM1k besar dia macam ni. Makanan di topup dengan sangat laju. Tak perlu bimbang. Lauk sama akan di topup. Memang tip top tentang ni ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Agak mengejutkan hiasan tempat nasi dia menarik. Ada lamb shank dihiasi di sekitar nasi. Tak banyak lamb shank yang disediakan. Cuma dalam 20-30 ketul sahaja. Ramai yang berebut nak ambil lamb shank. Yang lamb shank ni dia tak topup. Lamb shank dia bukan baby lamb shank. Lamb shank yang besar macam lamb shank chef ammar tengah viral.

Air yang dihidangkan memang sedap. Bukan kordial campur murahan. Bandung sedap. Jagung sedap. Teh tarik not bad. Wajib makan bubur pengat pisang/jagung /cha cha dia juga. Memang sedap. Sanggup patah balik untuk ambil lagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Satay okay. Not bad. Ada ikan pari/jenahak bakar. Kambing golek ada tapi dia hidangkan bahagian leg lamb saja. Tak ada blackpepper/mint sauce. Soto ayam dia padu. Susah nak cari soto sedap zaman sekarang ni. Isteri saya suka dessert dia. Hampir semua dessert dia sedap. Dan yang paling special nya ada Telur goreng kicap. Bukan beshe beshe punya menu. Nampak simple tapi telur kicap kayangan yang sedap.

Kesimpulannya, memang wajib untuk datang. Walaupun harga sekarang RM168, masih berbaloi dengan apa yang dihidangkan. Staff semua sangat membantu. Tak perlu risau tentang pinggan untuk diketepikan sebab staff akan datang setiap 10minit untuk kutip. Wajib pakai glove tangan plastik yang disediakan ketika ambil makanan. Semua masakan/minuman dibuat dengan cukup rasa. Bukan makanan asal siap je untuk naikkan jumlah juadah. Tahniah Team De.wan The Linc KL.
Kredit: fb Muhammad Syafickham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 2 =

Scroll To Top