aszulqa.com

Mengimbau nostalgia zaman dulu-dulu di Warung P Ramlee @ Kukus Klasik, Kedai Viral Klang [PART 1]

Alangkah bestnya dapat makan sambil mengimbau nostalgia zaman dulu-dulu di kedai makan seperti Warung P Ramlee iaitu kedai viral Klang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

IKUTI UPDATE RESEPI TERKINI SECARA EKSKLUSIF
Youtube (klik subscribe)
Fb Page aszulqa.com (klik like & follow)
Fb Page II (klik like & follow)
Fb Group (klik join group)
Tik Tok: As Zulqa (klik follow)
Instagram (klik follow)

Makan bukan sekadar makan di kedai viral Klang ini, tapi makan menu klasik seperti ubi rebus, lempeng sambal bilis dan banyak lagi menu lain dalam suasana nostalgia zaman 60an, 70an, 80an yang dibangkitkan dengan konsep dekorasi klasik kedai, halwa telinga lagu-lagu P Ramlee, pekerja kedai yang berpakaian serba seragam berwarna hitam, juga boleh ‘menjamu’ mata dengan pelbagai barangan antik dan manisan gula-gula zaman dulu yang sukar untuk didapati pada zaman sekarang ni.

Sekitar kaunter pembayaran ada dipamerkan antaranya mesin taip zaman dulu, botol-botol air zaman nenek moyang dulu, deretan tin kopi, kalendar zaman dahulu, kekuda rotan, televisyen lama yang menjadi tumpuan mata. Menginjak ke dalam kedai makan boleh dilihat juga kerusi makan, tabung buluh dan baju harian zaman nenek moyang kita. 

 

Restoran Kukus Klang bukan sahaja mengembalikan kenangan zaman dulu-dulu melalui konsep dekorasi klasik dan makanan klasik, mereka juga memperkenalkan permainan tradisional zaman dahulu yang sudah semakin pupus ditelan dek zaman iaitu permainan kampung teng-teng dan congkak kampung. Terima kasih buat pemilik Restoran Kukus Klang atas inisiatif beliau ini dapatlah kami perkenalkan buat anak-anak zaman sekarang permainan kampung dulu-dulu. 

Kukus Klang MENU dan harga terkini boleh klik sini.

Datang sekali memang tak puas (baca PART2 sini) kena datang lagi lain kali sebab sis memang nak cuba kesemua menu kat Kukus Klasik ni. Disebabkan sis datang waktu makan tengahari hari tu, jadi sis cuma cuba makan makanan berat iaitu set nasi patin tempoyak temerloh, set nasi asam pedas ayam dan set nasi ayam berempah. Set nasi ni didatangkan bersama nasi lauk + papadom + acar timun + sambal + air sirap / teh o ais. Berbaloi ambil set nasi ni sebab dah lengkap semuanya sekali dengan air, boleh dikatakan murah jugalah macamtu.

‘Side dish’ sis order roti kukus bersama kari kaki ayam dan tong mo. Roti kukus memang sedap rasa lembut dan liat-liat memang macam roti kampung zaman dulu, cicah pula dengan kari kaki ayam…memang terangkatlah! Oh ya! Tong Mo tu adalah menu ‘RARE’ kat sini. Bagi yang tak tahu, tong mo adalah sosej kemboja yang dibakar secara ‘live’ kat luar kedai kukus Klang ni. Kalau dari jalan besar memang dah boleh nampak asap berkepul-kepul tu….betullah tu kedai kedai kukus Klang!

 

Restaurant Kukus Klang Selangor beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang sahaja setiap hari kecuali Rabu cuti. Jadi jangan ter pergi hari Rabu ye…Rabu tutup cuti!.. Bolehlah datang untuk sarapan pagi, brunch ataupun makan tengahari…tapi jangan terlajak datang untuk makan malam pula sebab lewat petang dah tutup dah kedai ni.

Untuk merasai pengalaman kedai makan kukus klang ini bolehlah waze ke:

Restaurant Kukus,
Lot 1004,
Jln Tepi Sungai 6,
Taman Wangi, 41100 Klang,
Selangor,
Malaysia.

Sambungan part 2 di sini ! ! !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × three =

Scroll To Top